Minamino buat Klopp ‘pen1ng’

LIVERPOOL: Jurgen Klopp pening memikirkan posisi yang sesuai buat pemain baharunya, Takumi Minamino yang akan tiba di Liverpool, 1 Januari ini.

The Reds menyambar pemain tengah Red Bull Salzburg itu dengan nilai 7.25 juta pound (RM38.86 juta) minggu lalu.

Walaupun harapan tinggi diletakkan kepada pemain berusia 24 tahun itu, Klopp menegaskan dia tidak mahu memberi tekanan ketika dia cuba mencongak barisan terbaiknya

“Bagaimana kita boleh letakkan dia untuk jangka masa pendek?,” kata Klopp pada sidang media semalam.

“Sudah tentu dia akan membantu kita untuk jangka masa panjang. Saya tidak sabar menantikan kehadirannya namun ada tiga perlawnan lagi sebelum Takumi tiba di sini. Saya ada lagi masa untuk fikirkan di mana posisi terbaik buatnya.”

Dia percaya kehadiran pemain Jepun itu mampu membantu memperkasa jentera sera ngannya yang ketika ini sudah memiliki Mohamad Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Klopp berkata ‘apa yang kami tahu tentang Takumi adalah banyak perkara yang sesuai dengannya di sini.’

“Selain kemahiran, dia cepat membuat keputusan, kepantasan selain keinginannya untuk memenangi kembali bola.

“Taktikalnya ketika di Salzburg juga hampir menyamai falsafah kita di Liverpool.

“Ini satu situasi yang baik tetapi kita perlu tunggu sama ada dia boleh menyesuaikan diri selepas tiba di sini nanti,” katanya.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*