Belum masanya untuk berpesta – Jurgen Klopp

LEICESTER: Jurgen Klopp menegaskan belum masanya untuk Liverpool berpesta walaupun sudah mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-0 ke atas Leicester yang menjadi pesaing terdekat dan ketinggalan 13 mata di belakang mereka.

Roberto Firmino meledak dua kali hasil hantara Trent Alexander-Arnold sebelum dan selepas penalti James Milner, manakala Alexander-Arnold turut menemui sasaran.

Liverpool juga bermain kurang satu perlawnan berbanding Leicester dan dilihat akhirnya dapat menamatkan kemarau 30 gelaran berkenaan.

“Dengan semua yang berlaku di sekeliling kami, kualiti utama pemain-pemain kami ialah mereka tidak mempedulikannya, mereka fokus sepenuhnya terhadap apa yang perlu kami lakukan,” kata Klopp.

“Saya yang paling hebat berpesta, kawan-kawan saya akan mengatakannya, tetapi saya tidak mahu berpesta tanpa sebarang sebab.

“Jika ada sesuatu untuk diraikan saya akan beritahu anda, sehingga saat itu kami akan terus bekerja.”

Masih segar dengan kemenangan Piala Dunia Kelab buat pertama kali di Qatar pada Sabtu, anak buah Klopp langsung tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan daripada jadual padat Disember ketika mengatasi Leicester sepanjang permainan.

Alexander-Arnold menjadi ancaman utama The Foxes dari posisi bek kanan dan hampir membuka jaringan seawal minit pertama.

Hantaran Alexander-Arnold mencetus gol pertama Liverpool pada minit ke-31 menerusi Firmino. James Milner yang dimasukkan dari bangku simpanan menyempurnakan penalti untuk mendahului 2-0 pada minit ke-71.

Firmino kemudian menjaringkan gol ketiga sebelum Alexander-Arnold melengkapkan kemenangan pada minit ke-78 hasil umpanan Sadio Mane.

Liverpool kini mengutip 52 mata daripada 18 perlawnan manakala Leicester di tangga kedua dengan 39 mata daripada 19 perlawnan.

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*