De Ligt mahu kekal lama di Juventus

TURIN: Bintang muda Belanda, Matthijs de Ligt mengakui dia mahu ‘kekal lebih lama’ bersama Juventus.

De Ligt, 20, menyertai Juve dari Ajax dengan yuran perpindahan €75 juta (RM346.06 juta) Julai lalu dengan kontrak lima tahun.

Bintang Belanda itu berharap dapat kekal lebih lama di Turin kerana berasa bangga bersama Juventus.

“Saya sangat gembira di Turin, saya harap dapat kekal lama di sini,” katanya kepada Juventus TV.

“Saya sangat bangga apabila kelab besar seperti ini mahukan khidmat anda, ia satu anugerah.

“Saya sentiasa sukakan Juve dan saya sangat gembira dapat menyarung jersi kelab ini.”

De Ligt sudah disenaraikan dalam 12 aksi bersama Juventus, yang kini di puncak Serie A dengan berkongsi 42 mata bersama Inter Milan hasil 17 perlawnan.

Pemain pertahanan tengah itu juga berjanji memperkemaskan permainannya dan berazam membantu Juve menjulang satu lagi gelaran tahun depan.

“Perkara penting untuk saya ialah terus belajar, membaiki permainan dan menjadi pemain yang lebih baik,” kata De Ligt.

“Saya mahu julang seberapa banyak trofi yang boleh, kami akan jaringkan gol kemenangan.

“Jika kamu bermain mewakili Juventus, kamu mesti cuba menang segala-galanya. Itulah perkara yang saya akan lakukan.”

 

Sumber :Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*