Borussia Dortmund sah tandatangani Haaland

BERLIN: Borussia Dortmund menandatangani pemain remaja sensasi Erling Braut Haaland dari RB Salzburg, umum kelab Bundesliga Jerman itu hari ini.

Dalam satu kenyataan, Dortmund mendedahkan bahawa pemain berusia 19 tahun itu yang menjaringkan lapan gol pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini menandatangani kontrak hingga 2024 tetapi yuran tidak dinyatakan.

Haaland mencur1 perhatian kelab seluruh Eropah selepas menjaringkan 28 gol dalam 22 perlawanan setakat ini dengan jurulatih RB Leipzig, Julian Nagelsmann mengakui awal bulan ini bahawa mereka mahukan tandatangan penye rang Norway itu.

“Sejak mula saya merasakan saya mahu berpindah ke kelab ini, melalui landasan ini,” kata Haaland.

Dalam rakaman video di laman sesawang Dortmund, dia mengucapkan selamat tahun baharu kepada penyokong Dortmund dan senarai akan dilakukan pada 2020 termasuk “belajar Jerman.”

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*