Pasukan Liga Malaysia intai khidmat Endrick Dos Santos

Pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan sedang giat membuat persiapan khususnya dari segi pemain dimana masing-masing menandatangani pemain baharu dan melepaskan pemain yang beraksi pada musim 2019.

Baru-baru ini, beberapa pasukan dikhabarkan berminat untuk mengambil khidmat bekas pemain import Selangor, Endrick Dos Santos setelah pemain tersebut bergelar ejen bebas.

Sumber Gambar: BH

 

Meskipun mempamerkan prestasi yang memberangsangkan di bahagian tengah skuad The Red Giants musim ini, Persatuan BolaSepak Selangor (FAS) memutuskan untuk tidak menyambung kontrak pemain berusia 24 tahun itu.

FAS lebih tertarik untuk mengekalkan seorang lagi pemain import dari Brazil, Sandro Da Silva dimana bekas pemain Kedah itu mendapat kontrak lanjutan sehingga penghujung musim 2020.

Salah sebuah pasukan Liga Perdana dikhabarkan berminat untuk menandatangani khidmat Endrick Dos Santos bagi mengukuhkan jentera tengah. Sebelum ini, Endrick mempunyai pengalaman beraksi di divisyen kedua Liga Malaysia itu dimana beliau menyarung jersi Felcra FC.

Aksi Endrick ketika bersama Felcra FC. Sumber Gambar: Felcra FC

 

Ketika beraksi bersama Felcra, Endrick membantu pasukan itu menamatkan saingan Liga Perdana di tangga kedua sekaligus layak ke Liga Super musim berikutnya.

Namun, kekangan dari segi kewangan menyebabkan Felcra menolak slot untuk beraksi di Liga Super dan seterusnya pengurusan pasukan mengambil keputusan untuk membubarkan kelab tersebut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*