Pemangku jurulatih Sint-Truident VV dedah punca Nguyen Cong Phuong gagal dapat tempat di kelab tersebut

Penye rang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Cong Phuong baru sahaja disahkan kembali akan beraksi dalam saingan V.League musim 2020 bersama pasukan Ho Chi Minh City FC.

Kegagalan penye rang itu untuk merebut tempat dalam skuad utama pasukan Sint-Truiden VV adalah sebab utama mengapa banyak individu dan juga pasukan dari Vietnam mahu membawa pulang pemain itu kembali ke Vietnam.

Menurut pemangku jurulatih Sint-Truident VV, Nicky Hayen mendedahkan punca kegagalan Nguyen Cong Phuong itu adalah kerana pemain itu tidak begitu aktif dalam membantu barisan pertahanan pasukan.

“Jupiler Pro League selalu dipandang rendah oleh ramai orang. Bermain bolasepak disini memerlukan seseorang pemain itu cukup aktif diatas padang, walaupun ketika hilang penguasaan bola.”

“Ini bermakna, penye rang juga perlu mengambil bahagian dalam tugasan sebagai pemain pertahanan. Tetapi Cong Phuong tidak biasa dengan perkara ini. Beliau hanya berfikir mengenai sera ngan dan tidak mengambil peduli mengenai pertahanan. Sekarang tahun 2019 dan perkara itu tidak sesuai dengan bolasepak di Belgium.”

“Dia tidak sesuai dengan formasi 5-4-1 yang saya gunakan. Saya tidak mengatakan dia tidak akan dapat menyesuaikan diri tetapi tidak untuk masa sekarang.”

Dalam pada itu, David Meekers yang merupakan presiden Sint-Truiden VV meluahkan rasa kecewa beliau terhadap penye rang itu.

“Ini adalah sesuatu yang mengecewakan untuk Cong Phuong. Di negara beliau, dia adalah seperti Eden Hazard untuk kami di Belgium.” 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*