Harapan Sumareh buat Harimau Malaya

2019 nampaknya berjalan dengan begitu baik buat skuad Harimau Malaya.

Selepas menunjukkan kecemerlangan di Piala AFF Suzuki pada tahun 2018, skuad kendalian Tan Cheng Hoe terus menunjukkan prestasi baik pada tahun ini terutamanya dalam saingan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Menutup tirai 2019 di tempat kedua, di hadapan pasukan seperti Thailand, UAE dan Indonesia, anak buah Tan Cheng Hoe berada dalam posisi baik untuk layak ke pusingan seterusnya.

Pemain sayap negara, Mohamadou Sumareh, adalah antara pemain yang berjaya menunjukkan prestasi baik bersama skuad kebangsaan pada tahun ini. Dua jaringan Sumareh di Stadium Gelora Bung Karno ketika berdepan Indonesia dan gol kemenangan di Bukit Jalil ketika menen tang Thailand adalah antara perkara yang menjadi topik perbualan peminat bolasepak Malaysia pada tahun 2019. Biarpun begitu, Sumareh mahu meneruskan rentak cemerlang itu ke tahun 2020 dan dia yakin bahawa ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe sudah ada perancangan tersendiri.

“Kami bertambah baik setiap kali bersama kerana dia adalah seorang jurulatih yang sentiasa merancang ke hadapan. Saya pasti dia sudah membuat perancangan untuk perlawnan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.

“Saya berharap kami akan dapat keputusan yang bagus menen tang dua pasukan yang cukup hebat. Buat masa ini, kami sedang berada dalam keadaan yang bagus dan semuanya berjalan dengan baik,” kata Sumareh seperti dilaporkan The Star.

Misi penting Malaysia akan diteruskan pada tahun 2020 dengan kunjungan ke UAE dan Thailand serta perlawnan berdepan Vietnam di laman sendiri. Sumareh dan rakan sepasukannya pasti mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk sekurang-kurangnya memastikan Malaysia layak ke Piala Asia 2023 nanti.

 

Kredit foto: FAM

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*