Muhammad Gopi Rizqi kembali semula ke pangkuan Pahang

Skuad Tok Gajah bakal diperkuatkan kembali oleh bekas pemainnya iaitu R. Gopinathan atau nama is lamnya, Muhammad Gopi Rizqi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Kelibat pemain sayap prolifik itu dapat dilihat dalam sesi latihan Pahang pada petang tadi di Taman Gelora sekaligus mengesahkan kepulangan pemain kelahiran Kuantan itu ke pangkuan Tok Gajah.

Turut kelihatan ialah 3 tiga pemain skuad kebangsaan iaitu Matthew Davies, Mohamadou Sumareh dan Azam Azih yang melapor diri setelah diberi cuti selama hampir tiga minggu.

FOTO: Pahang FA

 

Musim 2019, Gopi beraksi dengan pasukan PDRM FA dalam saingan Liga Premier. Pada tahun 2016, Gopi menyertai skuad The Red Giants setelah 6 tahun menyarung jersi Pahang. Beliau kemudian menerima tawaran untuk beraksi dengan JDT pada tahun 2017.

Bagaimanapun, pemain yang berusia 30 tahun itu kerap memanaskan bangku simpanan ketika bersama Harimau Selatan dan hanya tampil beraksi penuh 90 minit ketika perlawnan Piala AFC menentng kelab Myanmar, Magwe FC yang menyaksikan Gopi menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 1-1.

Bulan Oktober lalu, beliau mengejutkan peminat bolasepak tempatan apabila disahkan telah memeluk agama is lam dengan melafazkan dua kalimah sya hadah di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang. Gopi dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya yang berketurunan melayu dalam masa terdekat.

Selain Gopi, Pahang turut membawa masuk penjaga gol berpengalaman dari Kuala Terengganu, Sharbinee Allawee serta bekas penjaga gol skuad Piala Presiden Pahang, Daniel Wafiuddin.

Mereka berdua akan menggantikan tempat Remezey Che Ros dan Wafieyuddin Shamsudin yang tidak dilanjutkan kontrak. Manakala khidmat penjaga gol utama, Helmi Eliza masih dikekalkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*