Dua pengadil Malaysia terpilih bertugas di Kejohanan AFC B-23 2020

Pegawai perlawnan bolasepak Malaysia terus mendapat kepercayaan apabila dua orang pengadil telah dilantik oleh Konfederasi BolaSepak Asia (AFC) untuk bertugas sepanjang pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 2020 yang akan berlangsung pada 8 hingga 2 Januari depan di Thailand.

Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) telah bersetuju untuk menghantara dua pengadil yang mempunyai lesen FIFA, Amirul Izwan Mohd Yaacob dan Mohd Yusri Muhamad. Ianya merupakan satu pengiktirafan yang wajar dibanggakan kerana bukan mudah untuk diberi peluang untuk mengadili perlawnan antarabangsa.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan Amirul dan Yusri akan berlepas ke Bangkok pada 2 Januari ini iaitu seminggu lebih awal untuk membuat persediaan sebelum bermula kejohanan.

Aksi pembukaan pada 8 Januari akan melibatkan perlawnan kumpulan A di mana Iraq akan bertemu Australia, manakala tuan rumah, Thailand bakal berdepan Bahrain.

“FAM berharap mereka dapat menjalankan tugas masing-masing dengan sebaik mungkin, bagi memastikan para pegawai perlawnan dari Malaysia terus mendapat tempat dan kepercayaan di peringkat antarabangsa pada masa akan datang,” kata Stuart dalam kenyataannya kepada Media FAM.

Kejohanan tersebut akan berlangsung di tiga buah bandar di Thailand iaitu Bangkok, Songkhla dan Buriram. 16 pasukan yang layak ke pusingan akhir akan berentap untuk merebut kejuaraan tanpa kelibat pasukan negara yang gagal melayakkan diri.

Amirul dan Yusri sebelum ini pernah dipilih untuk mengadili perlawnan Pusingan Akhir Kejuaraan BolaSepak EAFF E-1 2019 di Busan. Malah Persatuan BolaSepak Jepun (JFA) juga pernah mengemukan nama Amirul untuk mengadili perlawnan persahabatan antara Jepun dan Venezuela di Stadium Panasonic Suita, Osaka yang berlangsung pada 19 November lepas.

Ia membuktikan pengadil dari Malaysia memiliki kualiti dan kredibiliti di peringkat antarabangsa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*