Sasaran PJ City untuk Liga Super 2020

Ketua jurulatih kelab bolasepak Petaling Jaya City FC (PJ City), K. Devan kali ini yakin dengan kemampuan pasukannya dengan menyasarkan kelompok 5 teratas dalam saingan Liga Super musim 2020.

Katanya, kemasukan pemain tempatan berpengalaman seperti Kogileswaran dan Christie Jayaseelan ditambah pula dengan pemain import berkualiti mampu memberikan tentangan sengit kepada pasukan gergasi liga.

“Sasarannya kalau boleh kita mahu berada di kelompok lima teratas. Musim lalu kita berjaya berada di tempat kelapan dan kami mahu memperbaiki kedudukan tersebut.

“Saya boleh katakan kami memiliki satu pasukan yang lebih baik berbanding musim lepas apabila sudah membawa masuk pemain muda dan pemain senior yang berkualiti.

“Untuk piala pula, kita tak sasarkan sebarang piala. Tetapi kalau mampu menjejakkan kaki ke peringkat separuh akhir, ia sudah cukup baik,” katanya seperti dipetik dalam Sinar Harian.

FOTO: PJ CIty FC

 

Devan juga tidak mahu pasukannya dilabelkan sebagai “silent kil ler” atau pengacau kerana mereka tekad menjadi antara pencabar terkuat Liga Super dan sedia mengejutkan pasukan pilihan seperti JDT, Kedah, Selangor dan Pahang.

“Kita tak nak jadi pengacau kerana dalam bolasepak ini kita perlu menunjukkan prestasi baik dan konsisten setiap perlawnan.

“Kita bukan sahaja nak menang dengan pasukan besar, tetapi selepas itu tewas dengan pasukan bawah daripada kita. Saya tak nak macam itu. Kalau boleh biar kita konsisten,” katanya.

Musim lalu, PJ City yang sebelum itu dinamakan sebagai MIFA FC pernah menjadi bualan dalam kalangan peminat bolasepak tempatan apabila mengejutkan JDT selain menewaskan Pahang di halaman sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*