Liga M masih belum sedia guna VAR

SHAH ALAM: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengakui bahawa Liga Malaysia (Liga M) masih belum bersedia untuk menggunakan sistem pengadil bantuan video (VAR).

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan antara faktor utama yang menjadi penghalang penggunaan sistem itu adalah kos yang terlalu tinggi.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan hasrat peminat bolasepak untuk melihat VAR digunakan dalam Liga M boleh menjadi kenyataan pada masa akan datang.

“Saya fikir VAR belum dapat dilaksanakan sebab kos, jadi dalam keadaan sekarang tidak mungkin (ia akan digunakan.

“Tapi bila MFL sudah mencapai satu tahap yang lain dari segi kewangan, Insya-Allah kita akan gunakan VAR, tapi bukan sekarang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Liga M 2020 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhasrat menggunakan VAR pada musim 2018 namun ia terpaksa ditangguhkan atas faktor kos yang terlalu tinggi.

Malah, beberapa individu termasuk jurulatih dan pemain sebelum ini juga ada mencadangkan bahawa Liga M perlu menggunakan VAR bagi mendapatkan keputusan lebih tepat membabitkan situasi tertentu dalam perlawnan.

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*