Pemain U17 Jepun, Jun Nishikawa dijangka tandatangan kontrak bersama Barcelona

Bekas pemain skuad Sekolah Tinggi Toko Gakuen, Jun Nishikawa seperti yang dilaporkan oleh majoriti media Jepun akan menyertai gergasi bolasepak eropah, FC Barcelona bulan Febuari nanti.

Jun Nishikawa yang bakal menyambut hari lahir yang ke 18 pada 21 Febuari nanti dilihat sebagai prospek muda Jepun yang paling berpotensi untuk dibawa berkelana ke eropah selepas membuktikan keupayaannya dalam beberapa kejohanan besar sebelum ini.

Beliau yang kini bersama kelab Cerezo Osaka, dan musim 2020 ini adalah tahun pertama beliau beraksi secara profesional sepenuhnya selepas tamat persekolahan di Sekolah Tinggi Toko Gakuen.

Pemenang anugerah MVP kejohanan AFC U16 edisi 2018 itu juga telah terpilih untuk bersama skuad Piala Dunia U17 di Brazil dan juga skuad Piala Dunia U20 yang telah berlangsung di Poland. Berdasarkan prestasi beliau dalam 2 kejohanan remaja tertinggi di dunia itu, banyak kelab yang tertarik untuk menggunakan khidmat beliau.

Bagaimanapun, FC Barcelona mungkin perlu mengambil masa yang lebih panjang untuk menyelesaikan semua dokumen perjalanan termasuk visa Jun Nishikawa kerana permohonan itu dikatakan mengambil masa kira-kira 1 bulan setengah, dan jika dikira mengikut hari lahirnya, semua perkara hanya akan selesai sekitar bulan April selewat-lewatnya.

Jika menjadi kenyataan, Jun Nishikawa akan menyertai seorang pemain Jepun yang sudah dipikat oleh FC Barcelona sebelum ini iaitu Hiroki Abe dari Kashima Antlers yang kini berusia 20 tahun.

Hiroki Abe pada musim 2019 beraksi untuk pasukan Barcelona B, melakukan 12 penampilan dan menjaringkan 4 gol. Jika ada pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya, klausa pelepasan sebanyak €40,000,000 perlu dibayar jika masih beraksi untuk Barcelona B dan jika sudah bersama skuad utama Barcelona pula, nilai klausa pelepasan Hiroki Abe mencecah €100,000,000.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*