Kejohanan Meizhou Hakka Cup dibatalkan, Chonburi FC terpaksa pulang semula ke Thailand

Kelab Thai League 1, Chonburi FC terpaksa pulang semula ke negara mereka selepas pihak penganjur memutuskan untuk membatalkan kejohanan Meizhou Hakka Cup berikutan penu1aran wa bak Virus Corona di China.

Chonburi FC merupakan salah satu wakil dari Thailand yang dijemput menyertai kejohanan itu selain kelab divisyen 1 Korea Selatan, Sangju Sangmu. Wakil dari Malaysia, Selangor telah mengumumkan penarikan diri kerana bimbang akan memberi kesan kepada tahap kesihatan pemain dan pegawai pasukan.

Pengurus Chonburi FC, Sasit Singtoothong mengesahkan perkembangan itu selepas bermesyuarat bersama wakil daripada Sangju Sangmu serta Meizhou Hakka FC dan menjelaskan pasukannya akan berangkat pulang pada hari esok.

“Selepas mengadakan perjumpaan bersama pihak penganjur dan wakil pasukan dari 2 kelab itu, kami dimaklumkan kejohanan tersebut terpaksa dibatalkan kerana kr1sis v1rus cor0na telah memberi kesan yang besar kepada pertandingan ini.

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perintah daripada kerajaan China yang melarang rakyatnya keluar rumah dan menutup beberapa bandar besar, kesemua kelab ini bersetuju untuk membatalkan kejohanan ini.

“Kami akan pulang ke Thailand pada hari esok,” kata Sasit dalam satu kenyataan di laman web rasmi Chonburi FC.

Bagaimanapun, mereka sempat menjalani latihan pada sebelah pagi bagi menjaga tahap kecergasan pemain dan membiasakan diri dengan cuaca sejuk.

FOTO: Chonburi FC

 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menyediakan penginapan, makanan, tempat latihan dan mengambil berat terhadap tahap keselamatan pasukan. Kami sedia kembali ke china sekali lagi jika mendapat jemputan di masa yang akan datang,” katanya.

Wa bak kor0navirus sehingga kini telah mengakibatkan lebih 56 kemat1an di China sementara 2,000 orang di seluruh dunia turut dijang kiti.

Penularan wabak berkenaan dilaporkan bermula di sebuah pasar di Wuhan iaitu sebuah wilayah di China yang dikesan menjual haiwan li ar secara ha ram.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*