Faris Ramli dedah sebab pilih TFC berbanding pasukan Liga Malaysia yang lain

Corak permainan penguasaan bola dan hantaran pendek menjadi faktor besar pemain kebangsaan Singapura, Faris Ramli membuat keputusan untuk menyertai Terengganu Football Club (TFC).

Menurut laporan Bernama, penye rang sisi ini turut menerima beberapa tawaran lain daripada pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Malaysia namun corak permainan moden disulami dengan kesungguhan pasukan pantai timur itu menyebabkan Faris pantas menyambar kontrak setahun bersama TFC.

“Ketua jurulatih, Nafuzi memang nak sangat saya datang dan beliau secara peribadi telah berhubung dengan saya untuk bincang.

“Sebelum datang ke sini (Terengganu) saya telah menyaksikan banyak perlawnan TFC untuk melihat corak permainan yang diterapkan dan ia menepati citarasa saya,” kata pemain berusia 27 tahun ini kepada Bernama.


Foto: PKNS FC

Faris dilihat merupakan pemain tepat yang dibawa oleh Nafuzi untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2020 dimana dia masih segar dengan kejayaan merangkul anugerah pemain terbaik Liga Singapura 2019.

Selain itu, Faris juga sudah ‘masak’ dengan kancah domestik memandangkan dia pernah beraksi bersama Lions XII dan PKNS FC suatu masa dahulu. Kehadirannya adalah untuk menggantikan tempat Syamim Yahya dan Khairul Izaun yang tidak disambung kontrak oleh TFC pada hujung tahun lalu.

“Saya sudah bermain selama lima musim di Liga Malaysia dan akui TFC memang satu pasukan yang bagus serta memiliki reputasinya yang tersendiri.

“Cuma mungkin mereka belum bertuah untuk memenangi sebarang juara seperti di tahun 2018 di mana mereka sudah mara ke peringkat akhir Piala Malaysia dan hampir memenangi piala berkenaan daripada Perak,” katanya lagi yang mensasarkan untuk membantu TFC meraih sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim ini.

Foto: Terengganu Football Club

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*