FAS perkenalkan sistem tiket ikut cara Eropah

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) memperkenalkan sistem jualan tiket berperingkat mengikut status pasukan bermula saingan Liga Malaysia musim 2020.

Pada pengumuman yang dibuat oleh persatuan tersebut di laman media sosial rasmi pasukan, ada dua peringkat yang dikenali dengan Tier 1 dan Tier 2 dimana pasukan serta harga bagi kedua-dua peringkat ini berbeza.

Tier 1 dihuni oleh pasukan yang sebelum ini pernah memenangi kejuaraan yang ditawarkan dalam saingan Liga Malaysia seperti Johor Darul Ta’zim, Perak, Pahang, Terengganu FC dan Kedah. Harga tiket yang dikenakan kepada penyokong ialah sebesar RM20.

Tier 2 pula diisi oleh baki enam pasukan Liga Super yang lain seperti Melaka United, PDRM, UiTM FC, Petaling Jaya City FC, Sabah dan Felda United. Harga tiket yang dikenakan pula sebesar RM15.

Status berperingkat ini bukan sahaja dikenakan dalam saingan Liga Super malah ianya turut dikenakan dalam saingan Piala FA serta Piala Malaysia.

Oleh itu, FAS menasihatkan agar peminat setia pasukan untuk mendapatkan pas bermusim yang dianggap boleh membantu penyokong untuk berjimat.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*