Penyerang import Selangor, Ifedayo Olusegun akui rindu beraksi di pentas Asia

Penye rang import Selangor, Ifedayo Olusegun berharap dapat kembali beraksi di pentas Asia bersama Gergasi Merah pada tahun 2021 selepas Konfederasi BolaSepak Asia (AFC) menambah dua slot Piala AFC kepada wakil dari Malaysia.

Ifedayo sebelum ini pernah mewakili kelab Bahrain, Al Hidd dalam saingan Piala AFC sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2014 hingga 2017.

“Saya merindui aksi di pentas Asia. Saya pernah mewakili sebuah pasukan juara yang memenangi liga dan piala, kami sering layak ke Piala AFC.

“Sudah tiga tahun saya tidak beraksi di peringkat Piala AFC, saya berasakan Selangor mampu mencuri satu slot untuk musim depan,” katanya dalam Stadium Astro. 

Aksi Ifedayo ketika beraksi dalam saingan Piala AFC.

 

Mengulas mengenai penambahan slot AFC tersebut, Ifedayo menyifatkan Selangor mampu merebut peluang itu dengan kualiti pemain yang sedia ada.

“Kami berasakan Selangor akan meraih dua tempat teratas dan setidak-tidaknya memenangi satu slot, sama ada menerusi liga atau kejohanan bertaraf piala,” katanya lagi.

Sementara itu, pengendali Selangor, B. Satiananthan masih menantikan maklumat yang lebih jelas mengenai bagaimana pemilihan slot itu akan dibuat untuk menentukan pasukan manakah yang akan mengisi slot ke saingan AFC musim depan.

“Saya hanya tahu bahawa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan tambah slot kepada Malaysia. Tetapi dalam soal pemilihan wakil, saya tidak tahu bagaimanakah caranya.

“Besar kemungkinan ia membabitkan Piala FA dan liga kerana Piala Malaysia tidak termasuk dalam senarai kelayakan AFC. Terpulang kepada MFL untuk memilih kaedahnya,” katanya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*