Kedah berdepan FC Seoul tanpa Kpah Sherman?

Skuad Helang Merah sudah pun berada di Seoul, Korea Selatan namun kelibat tonggak utama, Kpah Sherman tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan itu sejak semalam.

Ianya sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat setia Kedah sama ada penye rang dari Liberia itu akan beraksi dalam perlawnan kelayakan pusingan play-off AFC Champions League 2020 (ACL) menentng FC Seoul esok.

Menurut sumber daripada Persatuan BolaSepak Kedah (KFA), Kpah Sherman tidak dapat terbang ke Korea Selatan kelmarin kerana mempunyai masalah dengan visanya. Seorang lagi pemain iaitu Khairul Helmi Johari turut dihalang bertolak bersama pasukan kerana ada tunggakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN).

“Kpah Sherman mempunyai masalah dengan visanya manakala Khairul Helmi ada masalah dengan LDHN. Mereka berdua sangkut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Bagaimanapun, terdapat sumber tidak rasmi mengatakan isv visa Kpah Sherman berjaya diselesaikan dan pemain itu sudah pun bertolak ke Korea Selatan malam tadi.

FOTO: KFA

 

Dalam pertandingan ACL, hanya 4 pemain import dibenarkan beraksi di atas padang. Kedah tidak dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan Singapura, Shakir Hamzah yang digan tung 4 perlawnan akibat mengutip kad merah ketika mewakili Home United dalam saingan AFC Cup.

Jika berjaya menewaskan FC Seoul, Kedah akan layak ke peringkat kumpulan ACL dan berada dalam kumpulan E bersama kelab dari China, Beijing Guoan FC, juara Thai League 1, Chiangrai United dan satu lagi slot daripada pemenangan pusingan play-off sama ada Kashima Antlers atau Melbourne Victory.

FC Seoul pada minggu lalu telah menentng kelab gergasi Bundesliga, Vfl Wolfsburg dalam perlawnan persahabatan dan mencatat keputusan seri 1-1. Mereka turut menentng Swiss Club Servette tetapi tewas 1-2 sebagai persiapan menghadapi musim baharu Liga Korea.

Pasukan itu juga dikendalikan oleh lagenda bola sepak Korea Selatan, Choi Yong-soo dan diperkuatkan oleh bekas pemain Arsenal, Park Chu Yong, pemain skuad kebangsaan Serbia, Aleksandar Pesic dan pemain tengah dari Sepanyol, Osmar Barba.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*