Ole bandingkan dirinya dengan Klopp

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah berhadapan dengan tekanan daripada ramai pihak, terutama sekali penyokong Man United.

Beliau telah mempertahankan dirinya dengan membuat kenyataan yang agak mengejutkan. Di mana, Ole Gunnar Solskjaer telah membandingkan dirinya dengan Jurgen Klopp.

Solskjaer menegaskan, penyokong Man United seharusnya tidak terlalu terburu-buru dalam menantikan hasil daripada apa yang sedang beliau usahakan.

Dan beliau membandingkan Jurgen Klopp dengan apa yang sedang berlaku ke atas dirinya di Man United.

Ole berpendapat, Klopp pun tidak menang apa-apa pada 4 musim pertama dan beliau tetap diberikan masa yang cukup oleh penyokong dan pemilik kelab.

Jadi, Ole mempersoalkan pihak yang mahu beliau berundur, kenapa beliau tidak boleh diberikan masa seperti Klopp?

Sedangkan ini merupakan musim penuh beliau yang pertama di Man United.

Ole berkata: “Pada pandangan saya, kita ada banyak lagi perkara untuk dilakukan.”

“Anda boleh menyaksikan pasukan lain sangat baik. Lihatlah, Jurgen, beliau mengambil masa empat tahun untuk membina pasukannya [Liverpool]. Dan sekarang mereka sangat baik sekali. Jadi, berikanlah saya masa.”

“Semua ini tiada jalan penyelesaian segera. Ianya tidak semestinya kita terus membeli 8 atau 10 pemain dalam satu jendela perpindahan.”

“Kita ada jendela perpindahan yang sebaiknya pada musim panas lalu. Untuk perpindahan Januari, ianya sukar. Namun kita masih cuba melakukan sesuatu, sekarang ini.”

“Rasanya, para penyokong kita tahu apa yang kita sedang mulakan dan saya diberikan kepercayaan untuk melakukan tugas ini di kelab ini. Pada pandangan saya, mahu membina semula pasukan, ianya bukan kerja satu hala pada sepanjang masa.”

“Saya sudah katakan perkara ini banyak kali, akan banyak turun dan naik. Asas harus dibina sebaiknya dan dengan kelompok pemain yang saya ada hari ini, saya memiliki kelompok pemain asas yang bagus dan percaya dengan diri mereka sendiri.”

Kenyataan Ole ini menimbulkan banyak polemik. Ini kerana Jurgen Klopp memperlihatkan hasil yang progresif sejak hari pertama beliau mengambil alih.

Selain itu, ramai juga berpendapat, Ole mewarisi skuad yang lebih baik berbanding dengan Klopp.

Sebagai rekod, Klopp membawa Liverpool mara ke final UEL pada musim penuh pertamanya, dan final piala domestik pada musim kedua. Pada musim ketiga dan keempat, Klopp membawa Liverpool mara ke dua final UCL berturut-turut.

Kini Klopp dalam landasan terbaik untuk mengatasi ramalan Neville sebelum ini yang meramalkan Man United akan lebih dahulu juara EPL berbanding Liverpool di bawah Klopp.

Dan Neville juga meramalkan, Mohamed Salah akan terlebih dahulu berpindah dari Anfield, sambil Liverpool masih terus menunggu kejuaraan liga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*