Tiga pasukan Liga Malaysia beraksi di peringkat Asia

Berita baik buat bolasepak Malaysia.

Jika sebelum ini hanya dua pasukan dari Malaysia akan beraksi di peringkat Asia, tetapi nampaknya bermula musim depan tiga pasukan akan mewakili Malaysia di peringkat Asia.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, yang menyatakan bahawa satu slot automatik dan dua slot pusingan kedua akan diberikan kepada pasukan Liga Malaysia dalam kancah Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

“Kalau kami dapat slot automatik dalam ACL, ia juga bermakna kami tiada lagi slot automatik dalam Piala AFC.

“Sebagai negara membangun, adalah penting juga untuk kami berada dalam Piala AFC dan ACL,” katanya.

“Ini bermakna tiga pasukan negara akan beraksi secara kompetitif di peringkat Asia mulai 2021. katanya seperti dilaporkan oleh Astro Arena. 

Sebelum ini AFC telah memberikan satu slot automatik dan satu slot pusingan play-off kepada wakil Liga Malaysia bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bermula musim 2019-2020. Pada musim lalu wakil Malaysia adalah Johor Darul Ta’azim (JDT) yang terus ke peringkat kumpulan dan Perak yang mengharungi perlawnan play-off. Untuk musim ini pula, JDT sekali lagi menjadi wakil di peringkat kumpulan dengan Kedah perlu mengharungi pusingan play-off untuk mengikut jejak langkah JDT ke peringkat kumpulan.

Pada hari Selasa lalu, Kedah berjaya menewaskan kelab Hong Kong, Tai Po FC di Stadium Darul Aman dan akan berdepan pasukan Korea Selatan, FC Seoul di tempat lawn dalam aksi play-off seterusnya.

 

Kredit foto: Kedah FA

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*