Tunggakan gaji Shukor selesai, afidavit juga sudah ditarik balik

Bekas kapten Melaka United, Shukor Adan mengesahkan telah menarik balik afidavit yang dikemukakan terhadap Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), setelah persatuan itu menyelesaikan tunggakan gajinya bagi musim 2019.

“Semuanya sudah selesai, jadi sudah tidak perlu lagi campurtangan FAM dalam hal ini dan saya menarik balik afidavit yang telah dihantar. Ia telah dimaklumkan kepada MUSA, terima kasih saya ucapkan atas tindakan pantas mereka.

“Saya tiada masalah dengan MUSA, mungkin terlewat sedikit tetapi sekarang sudah selesai, kita lupakan sekiranya ada sebarang perseli sihan faham, tutup buku dan fokus musim baru,” ujar pemain berusia 41 tahun itu yang akan menyarung jersi Kuala Lumpur musim ini.

Kemelut Shukor Adan – MUSA sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas Presiden MUSA Damian Yeo secara terbuka memberi ama ran kepada Shukor bahawa dia sedang bermain dengan api, berikutan tindakan pemain itu melaporkan mengenai isv tunggakan gajinya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan memfailkan afidavit ke atas MUSA.

Malah ia turut mendapat perhatian bekas presiden FAM, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang menasihatkan Damian tidak banyak cakap sebaliknya selesaikan sahaja hutang tersebut.

Meskipun cuba untuk bersikap ‘ke ras kepala’ pada satu ketika dengan meminta Shukor Adan memohon maaf terlebih dahulu, MUSA akhirnya pantas menyelesaikan tunggakan itu setelah FAM memberi ama ran pemo tongan mata kepada mereka dan dua pasukan lain sekiranya tiada perkembangan positif dalam pembayaran tunggakan menjelang tarikh 31 Januari 2020.

Sementara itu, tatkala tunggakan gaji Shukor Adan sudah selesai, belum ada sebarang makluman mengenai nasib 12 pemain lain yang turut mengemukakan aduan kepada FAM melalui Persatuan Pemain Professional Malaysia (PFAM).

Foto : MFL

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*