Aidil harap pemain dapat sesuaikan diri

Tidak banyak masa.

Ketua jurulatih Keda, Aidil Sharin Sahak pasukannya perlu memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiap pasukan sebelum perlawnan penting mereka berdepan kelab Korea Selatan, FC Seoul dalam aksi play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada hari Selasa nanti.

Tiba di Seoul pada hari Sabtu, mereka hanya mempunyai dua hari untuk berlatih dan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Seoul. Dua hari tidak lama, tetapi itulah yang perlu diterima oleh pasukan kejurulatihan Kedah untuk mempersiap pasukan mereka.

“Memang tempoh singkat kerana kami baru tiba di hotel penginapan di Seoul malam Sabtu dan Ahad hingga Isnin kami harus melalui proses untuk ‘settle down’ dengan keadaan di sini.

“Selain merangka percaturan perlawnan, saya berharap pemain dapat menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk kerana inilah faktor yang penting sebelum perlawnan.

“Kami sudah mempersiapkan diri dengan pakaian sejuk dan peralatan yang diperlukan untuk membantu dalam proses penyesuaian termasuk dalam semua aspek berdepan cabaran seperti yang dijangkakan,” kata Aidil seperti dilaporkan Berita Harian.

Selepas menewaskan kelab Hong Kong Tai Po FC dalam perlawnan kelayakan pada hari Selasa lalu, pastinya pasukan Kedah kini mempunyai motivasi tinggi untuk cuba melayakkan diri ke peringkat kumpulan ACL 2020. Menurut Aidil lagi, biarpun Kedah bukan pasukan pilihan untuk memenangi perlawnan ini, tetapi mereka mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencapai impian.

 

Kredit foto: Kedah FA

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*