Kemana pergi semua penyokong City Ni? Etihad Dah Jadi Emptyhad

Pep Guardiola kece wa dan terkejut melihat senario di Etihad dalam aksi Piala FA. Ini apabila sangat sedikit yang datang ke perlawnan Piala FA melibatkan Manchester City berhadapan dengan Fulham.

Hanya kira-kira 39,200 orang sahaja yang hadir daripada 55,000 kapasiti penuh di Etihad.

Lantas beliau menyatakan, beliau sendiri tak tahu sama ada Manchester City ni benar-benar ada penyokong ke tak? Kalau ada kenapa tak datang dalam aksi Piala FA berhadapan Fulham.

Malah Guardiola merasa lagi kece wa apabila kehadiran penyokong ketika berhadapan West Ham adalah lagi tinggi.

Beliau tidak dapat memikirkan apa alasannya? Sedangkan Man City sangat cemerlang dalam kempen Piala Domestik mereka pada musim ini.

“Hari ini tidak penuh – saya tidak tahu mengapa,” kata pengurus Manchester City itu kepada wartawan selepas tamat perlawnan.

Seterusnya, dia berharap terdapat lebih ramai penyokong akan hadir memberikan sokongan kepada pasukan Man City dalam aksi perlawnan separuh akhir kedua Piala Carabao pada hari Rabu menentng Manchester United.

“Ini adalah peluang kita untuk kembali semula ke Wembley selama tiga tahun berturut-turut,” tegas Pep Guardiola sebaik sahaja pasukannya telah memenangi Piala Carabao itu untuk dua musim berturut-turut.

“Semoga peminat kami kami boleh datang, lebih ramai daripada hari ini.”

“Kami sangat berharap agar mereka dapat menyokong kami dengan hadir memenuhi stadium dan membantu pasukan dalam usaha nak mara ke final sekali lagi.”

Pep Guardiola sebelum ini menyatakan Piala FA ini agak menyusahkan kerana ada format timbal balik kalau seri. Mungkin sebab itu penyokong Man City menganggap Piala FA ini hanya satu bebanan.

Manchester City masih bersaing hebat dalam dua kejohanan domestik dan juga Liga Juara Juara Eropah.

Mereka kelihatan agak sukar mengejar Liverpool di dalam perebutan liga. Namun siapa tahu, jika berlaku perkara yang drastik, Man City akan memintas Liverpool sekali lagi.

Sebelum ini dua kali City memintas Liverpool selepas pasukan itu menjadi juara Krismas.

Fokus City selepas ini adalah separuh akhir Piala Carabao berhadapan dengan Manchester United, di mana mereka menang 3-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Old Trafford.

Beliau juga menyatakan Manchester City masih belum menyerah kalah dalam persaingan Liga Perdanan Inggeris. Mereka masih mencuba setiap hari untuk cuba menjulang kejuaran Liga Perdanan Inggeris untuk 3 musim berturut – turut.

Pep Guardiola berkata: “Sekarang kamu ada 3 hari untuk menyiapkan diri bagi menghadapi perlawnan berhadapan dengan Manchester United.”

“Harapan kami agar para penyokong kami datanglah beramai-ramai memenuhkan semua tempat duduk di stadium.”

“Kita masih berjuang dalam Liga Perdana Inggeris. Kita masih berjuang setiap hari, terutama sekali di Sheffield sebelum ini.”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : sukan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*