Kedah tewas di tangan FC Seoul

Kedah dan Aidil Sharin pastinya sudah menjangka bahawa FC Seoul akan menguasai permainan. Disebabkan itu, daripada empat pemain tengah, tiga orang daripadanya lebih banyak bertahan daripada menye rang. Amin Nazari, David Rowley dan Baddrol Bakhtiar dilihat lebih membantu bertahan dengan Hadin Azman rajin membantu Kipre Tchetche dan Kpah Sherman ketika menyeerang.

Beraksi dengan taktikal bertahan, adalah penting untuk pasukan Kedah menggunakan peluang sebaiknya. Ada kalanya mereka mempunyai ruang di bahagian tengah tetapi kurang pemain kreatif berkualiti untuk memegang bola. Hadin Azman lebih berfungsi sebagai pemain sayap, sementara Baddrol pula disebabkan perlu membantu bertahan, berada lebih ke bawah membuatkan Amin dan Rowley yang perlu menggantikan tugas mereka. Sayang sekali kedua-duanya tidak begitu efektif di separuh masa pertama.

Kedah boleh menamatkan separuh masa pertama dengan keadaan 0-0, tetapi sayang sekali FC Seoul dihadiahkan sepa kan penalti pada minit ke-38 apabila tangan Renan Alves dilihat terkena bola di kotak penalti. Sepa kan penalti itu bukan sahaja membuatkan Kedah ketinggalan 1-0 tetapi mereka juga perlu mengubah taktikal apabila Renan Alves dibuang padang.

Bagi mengisi kekosongan itu, Aidil Sharin terpaksa mengeluarkan Rowley dan memasukkan Zukhairi Zulkeply. Kemasukan Zukhairi mengisi kekosongan di bahagian pertahanan tengah tetapi mengurangkan pertahanan di sebelah kanan Kedah. Rowley walaupun kurang kreativiti, tetapi banyak membantu Rizal Ghazali ketika bertahan. Dapat dilihat Kpah Sherman bertukar bermain di sebelah sayap kanan untuk mengisi kekosongan itu, tetapi dia bukanlah pemain yang gemar bertahan.

Tidak sampai lima minit separuh masa kedua bermula, FC Seoul menambah jaringan. Park Dong-jin menyelinap dari belakang Rizal Ghazali untuk menanduk masuk menewaskan Shahril Sa’ari. Tiga minit kemudian, Kedah bagaikan mendapat harapan apabila sepa kan percuma Baddrol Bakhtiar ditanduk masuk Osmar ke gawang sendiri, biarpun tiada cabaran.

Ketika Kedah berusaha mencari jaringan penyamaan, Osmar memadam kes1lapannya apabila menjaringkan gol ketiga FC Seoul. Jaringan Osmar nampak membuatkan pemain Kedah mula merasai keletihan. Bukan mudah untuk menjaringkan dua gol di tempat lawn berdepan pasukan seperti FC Seoul. Ketika masa kecede raan, Ikromjon Alibaev terus menutup impian Kedah dengan satu rembatan yang cukup cantik untuk menamatkan perlawnan dengan keputusan 4-1.

Kekalahan ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Tetapi corak permainan Kedah ketika berdepan FC Seoul boleh dipuji. Biarpun terpaksa bertahan, tetapi mereka mempunyai perancangan dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika mendapat bola. Mereka mungkin bergelvt di pentas Asia, tetapi melihat kepada corak permainan mereka, Kedah adalah pasukan yang perlu diberi perhatian di Liga Super 2020 nanti.

 

Kredit foto: Kedah FA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*