Spurs sedang adakan perbincangan dengan Milan

Tottenham Hotspur kini dilaporkan sedang berbincang dengan AC Milan dalam usaha mereka mahu mendapatkan khidmat Krzysztof Piatek.

Jose Mourinho mahukan pemain penye rang itu pada Januari ini, lebih lebih lagi Harry Kane yang mengalami kece deraan ser ius dan mungkin bakal terlepas kesemua baki perlawnan pada musim ini.

Tottenham Hotspur menawarkan pertukaran pemain ditambah dengan wang dalam transaksi kali ini.

Mourinho mahukan perpindahan Piatek ini menjadi kenyataan untuk memperbaiki kempen mereka pada separuh kedua musim ini.

Kesukaran pasukan Spurs untuk mencetak gol dalam beberapa perlawnan terakhir memberikan isyarat bahawa pasukan ini memerlukan seorang pemain nombor 9 pemvsnah yang semulajadi.

Walau bagaimanapun, Rossoneri telah menyatakan bahawa mereka tidak mahu sebarang perjanjian pinjaman ataupun ada tambahan pemain dalam perpindahan ini. Mereka cuma mahukan bayaran tunai sahaja.

Hal ini kerana AC Milan sedang berhadapan dengan kesukaran dari segi kewangan kerana gagal untuk bermain di pentas Eropah.

AC Milan meletakkan harga sekitar £25 juta untuk bayaran pertama dan bonus akan dibincangkan kemudian.

Jose Mourinho pula berhadapan kekangan dari segi dana, kerana beliau dilaporkan tidak diberikan dana sebanyak itu. Namun beliau diberikan kebenaran untuk menjual mana-mana pemain yang terlebih dahulu sebelum membeli.

Koresponden, La Gazzetta dello Sport Nicolo Schira menyatakan bahawa Tottenham telah menawarkan pilihan kepada Milan untuk pemain yang disertakan dalam pembelian ini.

Senarai pemain tersebut adalah sama ada antara Erik Lamela, Juan Foyth ataupun Victor Wanyama.

Spurs merasakan tawaran ini agak baik kerana mereka memberikan pemain yang bagus dalam tawaran mereka.

Schira kemudian menyatakan bahawa perbincangan masih berlaku di antara kedua-dua belah pihak.

Selain daripada Tottenham Hotspur, bekas pasukan yang diuruskan oleh Jose Mourinho iaitu Chelsea juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan Piatek.

Jose Mourinho sedang berdepan dengan kesukaran dalam mendapatkan pemain dan juga dalam kesul1tan mengawal situasi jendela perpindahan kali ini.

Beberapa hari lalu beliau telah membidas bekas majikan lamanya iaitu Inter Milan kerana dida kwa mengganggu fokus Christian Eriksen pada masa yang tidak sepatutnya.

Pasukan yang pernah dibimbing oleh Jose Mourinho sehingga menang treble itu, secara terang-terangan menyatakan bahawa mereka sedang berbincang dengan wakil Christian Eriksen.

Inter Milan percaya mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana sedang bercakap dengan pemain yang kontraknya kurang enam bulan lagi.

Walaubagaimanapun Jose Mourinho menganggap tindakan itu sebagai b1adap.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*