Gambaran barisan terbaik Harimau Malaya berdepan UAE

Skuad Malaysia sah tidak dapat menggunakan khidmat pemain tengah, Brendan Gan dalam perlawnan kelayakan Piala Dunia 2022 menentng UAE bulan Mac depan, selepas pemain tersebut digantvng akibat layangan kad kuning kedua ketika menentng Indonesia pada bulan November tahun lepas.

Kehilangan Brendan Gan sedikit menjejaskan perancangan pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe untuk memburu kemenangan bagi mencerahkan peluang layak ke Piala Asia 2023 secara merit.

Cheng Hoe juga melihat pemain naturalisasi kedua negara, Liridon Krasniqi sebagai calon terbaik untuk menggantikan tempat Brendan Gan berdasarkan pengalamannya melatih pemain itu dalam skuad Kedah.

Semalam, Timbalan Presiden Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mendedahkan Persekutuan BolaSepak Antarabangsa (FIFA) sudah pun memberi lampu hijau untuk menyenaraikan pemain naturalisasi dari Kosovo itu dalam skuad Harimau Malaya.

“Saya sudah kenal lama dengan Liridon ketika dia beraksi di Kedah dan mengetahui corak permainan pemain terbabit yang sudah pasti mampu mencorak serangan ke kubu lawn dengan lebih sistematik.

“Jika diikutkan sememangnya kita kekurangan penye rang prolifik, namun jika meletakkan Liridon untuk posisi berkenaan dibimbangi dia tidak akan beraksi cemerlang.

“Oleh itu, lebih baik saya meletakkan dia di posisi sebenar, seterusnya Liridon mampu optimumkan kemampuannya untuk pasukan,” kata Cheng Hoe dalam Arena Metro

(Photo by Mohd RASFAN / AFP) (Photo by MOHD RASFAN/AFP via Getty Images)

 

Brendan Gan dijangka akan kembali beraksi untuk pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020 apabila Malaysia berdepan pasukan Vietnam dalam perlawnan ke 7 pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022.

Bagaimanapun, Cheng Hoe menyifatkan Liridon Krasniqi tidak mempunyai persamaan dengan Brendan Gan dan berharap pemain dari Kosovo itu dapat membentukkan keserasian dengan rakan sepasukan.

“Kami akan merindui Brendan kerana dia bermain dengan baik dan berharap pemain yang menggantikan tempatnya mampu memberi impak kepada pasukan. Brendan tak sama dengan Krasniqi.

“Mereka berdua mempunyai gaya permainan yang berbeza tetapi yang paling penting ialah bermain mengikut taktikal pasukan. Mereka juga merupakan “box to box players” dan sebagai jurulatih, sukar untuk saya mencari perbezaannya,”jelasnya seperti dipetik dalam News Strait Times

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*