Hantaran bola mat1 Fernandes tarik tumpuan Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui hantaran berkualiti menerusi bola mat1 dilakukan pemain tengah, Bruno Fernandes adalah antara yang terbaik pernah disaksikannya.

Kenyataan itu mungkin ada asasnya selepas sepa kan sudut cantik yang diambil pemain kelahiran Portugal itu ditanduk masuk pertahanan termahal dunia, Harry Maguire pada minit ke-66.

Jaringan tersebut sekaligus membantu Manchester United meraih kemenangan 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris bertemu Chelsea di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Anthony Martial membuka tirai jaringan pada penghujung babak pertama, juga menerusi tandukan selepas menerima umpanan lintang dari sebelah kiri pintu Chelsea yang dilakukan Aaron Wan-Bissaka.

”Dia [Bruno Fernandes] merupakan pemain yang hebat, dia mahu untuk mendapatkan bola.”

”Tetapi semua hantarannya hasil situasi bola mat1 sememangnya berkelas dunia, dia merupakan salah seorang yang terbaik pernah saya saksikan,” ujar Solskjaer bercakap kepada dalam sidang media selepas perlawnan.

”Dan Harry [Maguire], kita semua tahu sekiranya dia berlari ke bola, dia amat berba haya dan berjaya mendapatkan jaringan.”

Bruno Fernandes yang sebelum ini beraksi bersama Sporting Clube de Portugal memilih untuk berhijrah ke Manchester United pada jendela perpindahan Januari lalu selepas memeterai perjanjian selama lima setahun setengah.

Selepas dua perlawanan bersama The Red Devils, pemain tengah berusia 25 tahun itu dilihat sudah mula memberikan impak yang positif buat pasukan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*