Liridon sesuai diletakkan di posisi tengah – Tan Cheng Ho

Kehadiran Liridon Krasniqi yang menjadi pemain naturalisasi kedua negara mahu digunakan sepenuhnya oleh pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe pada perlawnan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Mac ini.

Kem Malaysia mendapat pengkhabaran gembira selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan pemain berusia 28 tahun itu dibenarkan beraksi pada perlawnan menentng UAE nanti.

Menurut sumber Harian Metro, Tan Cheng Hoe mengakui beliau mahu meletakkan Liridon di jentera tengah berbanding sebagai pemain penye rang untuk bergandingan bersama-sama Brendan Gan dan Nor Azam Abdul Azih.

“Saya sudah kenal lama dengan Liridon ketika dia beraksi di Kedah dan mengetahui corak permainan pemain terbabit yang sudah pasti mampu mencorak sera ngan ke kubu lawn dengan lebih sistematik.”

“Jika diikutkan sememangnya kita kekurangan penye rang prolifik, namun jika meletakkan Liridon untuk posisi berkenaan dibimbangi dia tidak akan beraksi cemerlang.”

“Oleh itu, lebih baik saya meletakkan dia di posisi sebenar, seterusnya Liridon mampu optimumkan kemampuannya untuk pasukan,” ujar Tan Cheng Hoe kepada wartawan Harian Metro.

Liridon Krasniqi bukanlah pemain yang asing buat Tan Cheng Hoe kerana pemain kelahiran Kosovo itu pernah beraksi di bawah kendaliannya selama tiga musim ketika menyarung jersi Kedah.

Perjalanan skuad Harimau Malaya dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tampak berada di landasan yang terbaik apabila ketika ini sedang menduduki tempat kedua dengan sembilan mata selepas melalui lima perlawanan hasil tiga kemenangan dan dua kekalahan.

Selepas menghadapi UAE, Tan Cheng Hoe dan anak buahnya akan bertemu Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac sebelum aksi terakhir menentang Thailand di gelanggang lawan, Jun nanti.

Cheng Hoe bagaimanapun terpaksa melupakan khidmat Brendan Gan pada pertemuan menentng UAE selepas pemain tengah tersebut digantung satu perlawnan susulan dua kad kuning diterimanya.

Kredit foto: Football Association of Malaysia (FAM)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*