Matthew Davies dijangka mendominasi posisi “right back” JDT

Pemain pertahanan baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies dijangka mendominasi posisi “right back” dalam kesebelasan utama pasukan pada perlawnan akan datang.

JDT menandatangani Matthew bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Azrif Nasrulhaq yang mengalami kece deraan sekaligus memberikan saingan kepada seorang lagi pemain, S.Kunanlan.

Matthew Davies bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Sumber Gambar: JST

 

Kunanlan mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan pada perlawanan AFC Champions League (ACL) 2020 menentang Vissel Kobe minggu lalu yang menyaksikan JDT tewas dengan keputusan 5-1.

Pemain sayap Kobe, Keijiro Ogawa serta ketua pasukan, Andres Iniesta dilihat mudah untuk mengeskploitasi bahagian kanan dan JDT perlu pemain baharu bagi mengisi posisi tersebut.

Aksi S.Kunanlan ketika perlawnan menentng Vissel Kobe. Sumber Gambar: JST

 

Dengan kehadiran Matthew, masalah di posisi pertahanan kanan JDT dilihat dapat diselesaikan memandangkan pemain berusia 24 tahun itu telah membuktikan kredibiliti beliau, baik bersama Pahang mahupun pasukan kebangsaan.

Matthew dijangka membuat penampilan kompetitif pertama bersama JDT pada perlawanan Piala Sumbangsih menentng pasukan Kedah pada 28 Februari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*