Senarai pemain yang dikatakan bakal menggegar dunia, tetapi gagal

Bolasepak dunia sering dimeriahkan dengan bakat-bakat muda yang dikatakan ‘the next big thing’, pemain yang bakal menggegar dunia seperti Maradona, Pele, Ronaldo Fenomenon, Zidane dan Cryuff.

Ramai yang berjaya mencapai tahap yang dibanggakan seperti Leo Messi, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Arjen Robben, Fadhli Shas dan Franck Ribery.  Tetapi, ramai juga yang terkulai dan tidak dapat memenuhi harapan dan ekspektasi para peminat. Ada yang gagal disebabkan masalah kece deraan, lebih te ruk lagi kerana masalah disiplin!

Pemain baharu Manchester City, Gabriel Jesus dengan tenang mengatakan dia lebih dikenali di Brazil berbanding Coutinho dan Firmino. Agak tinggi keyakinannya. Adakah keyakinannya itu bakal menaikkannya atau membawa rebah?

Setakat ini Jesus agak naik bersama City. Berikut adalah senarai pemain-pemain yang dikatakan bakal menggegar dunia tetapi gagal.

Alexandre Pato

Bakat Pato menjadi sebutan di Liga Brazil apabila beliau menjadi penjaring terbanyak dalam liga bawah-20 tahun bersama Internacional.

Pada tahun berikutnya Pato telah diserap ke pasukan utama Internacional dan kekal ta jam.

Malah memecahkan rekod Pele sebagai pemain paling muda yang menjaringkan gol dalam kejohanan anjuran FIFA, ketika menentang Al-Ahly dalam kejohanan FIFA Club World Cup.

Kehebatan dan keculasannya membuka mata kelab eropah dan akhirnya AC Milan berjaya mengikat Pato pada Ogos 2008. Walau bagaimanapun Pato hanya mula melakukan debut bersama AC Milan pada Januari 2008, kerana tertaktuluk undang-undang EU bagi tenaga kerja di bawah 18 tahun.


Wajahnya yang tampan sesuai untuk digandingkan dengan Neelofa dalam Surihati Abang Bola

Pada 2009, Pato menjadi pemain Brazil pertama mendapat anugerah Pemain Muda Terbaik Serie A. Ketika namanya semakin meningkat bersama AC Milan, kece deraan mula membeleng gu Pato, dan dia banyak menghabiskan masa di meja rawatan berbanding di padang. Malah pada musim 2010-2011, Pato hanya mampu bermain sebanyak 20 permainan sekali lagi kerana kecede raan.

Pada Januari 2013, Pato dijual kepada kelab Brazil, Corinthians dan perkara sama berlaku di mana dia sekali lagi berge lut dengan prestasi dan kece deraan. Musim 2014 menyaksikan Pato berpindah pasukan lagi apabila Sao Paolo membelinya dari Corinthians.

Pada musim panas 2015, Pato dikaitkan dengan Tottenham Hotspur untuk digandingkan dengan Harry Kane. Di sebalik rekodnya yang cepat ce dera, berpindah ke Liga Perdana Inggeris mungkin bukanlah satu langkah yang bijak tetapi Pato akhirnya ke Chelsea.

Kemudian Pato menabur bakti bersama Villareal di La Liga sebelum ke China untuk bersama kelab Tianjin Quanjian.

Robinho

Pada tahun 1999 ketika berusia 15 tahun, Pele telah memilih Robinho sebagai pewaris takhtanya, iaitu pemain terhebat Brazil sepanjang zaman dan pada tahun tersebut jugaa menyaksikan Robinho telah membantu Santos mengecap kejuaraan pertama liga Brazil.

Kelincahan dan ketampanannya menarik minat kelab-kelab gergasi eropah, namun Robinho telah memilih untuk menggantikan Luis Figo di Real Madrid. Di Santiago Barnebeu, Robinho berjaya menjadi watak utama dalam kejuaraan La Liga pada musim 2007-08, dan berjaya berada di dalam senarai 10 pemain terbaik dunia malah di calonkan untuk Ballon d’Or.

Namun akibat perba lahan dengan presiden kelab, Ramon Calderon, Robinho akhirnya dijual kepada Manchester City. Dalam musim pertama dengan The Citizens, Robinho menjaringkan 14 gol, penjaring ketiga terbanyak pada musim tersebut.


Suatu masa dahulu

Pada musim kedua, Robinho mula mengalami masalah kece deraan sehinggakan dia hanya mampu bermain 12 perlawnan dari Ogos ke Disember 2009, dengan hanya menjaringkan 1 gol. Pada Januari 2010, Robinho dipinjamkan ke kelab lamanya, Santos sehingga tamat musim.

Musim berikutnya Robinho berpindah ke AC Milan namun gagal kembali ke zaman kemuncaknya apabila sering dibeleng gu masalah kece deraan. Sekiranya Robinho tiada masalah kece deraan, mungkin beliau bergandingan bersama Neymar di Piala Dunia 2014.

Pada tahun ini Robinho berusia 33 tahun dan bermain untuk kelab Atletico Mineiro di Brazil dan dia telah mendapat caps ke 100 untuk Brazil, sekaligus menyertai kelab lagenda seperti Pele, Cafu dan Ronaldo Fenomenon.

Ricardo Quaresma

Satu nama yang cukup gah pada awal tahun 2000. Memulakan karier bersama Sporting Lisbon, Quaresma tampil cemerlang di Liga Portugal dan memikat Frank RIjkaard yang ketika itu menjadi jurulatih Barcelona.

Quaresma menyertai Barcelona pada musim panas 2003 dan membuat 21 penampilan dengan hanya 1 gol. Menjelang minggu-minggu akhir musim tersebut Quaresma ce dera kaki kanannya dan terlepas baki perlawnan musim tersebut, lebih te ruk lagi apabila pemain ini berke lahi dengan Rijkaard dek egonya yang tinggi, dan sering menganggap dirinya lebih penting dari pemain lain.

Pada musim berikutnya, Quaresma dijual ke Porto sebagai sebahagian dari perjanjian membawa Deco  ke Barcelona. Pada musim pertamanya, Quaresma sering dice muh kerana sikap pentingkan diri sendirinya tidak mahu menghantar bola kepada rakan, malah lebih suka untuk menggelecek sendirian. Kalau dia hebat seperti Safiq Rahim tidak mengapa, tetapi jauh sekali kualitinya.

Sekeras-keras kerak nasi, kalau direndam air sebulan lembut juga akhirnya. Begitulah diibaratkan Quaresma, lama-kelamaan Quaresma mula berubah dan menjadi kesukaan peminat. Inter Milan membeli pemain lincah ini pada musim berikutnya.

Inter di bawah Jose Mourinho, tidak berpuas hati dengan prestasi Quaresma dan menyebabkannya gagal mendapat kesebelasan utama. Lalu Quaresma dipinjamkan ke Chelsea tetapi nasib pemain ini masih tidak berubah.

Selepas Chelsea, Quaresma telah menyertai banyak kelab malah pernah bermain di liga negara arab. Andai egonya dapat dibuang ke laut dalam, mungkin Neymar tidak diperlukan di Barcelona.

Ravel Morrison

Pemain ini dilahirkan di Manchester dan menimba ilmu bolasepak di akademi bolasepak Manchester United. Pada usia Morrison 16 tahun, Sir Alex Ferguson pernah mengatakan bahawa Morrison adalah pemain terbaik yang pernah dia lihat untuk peringkat usia tersebut.

Bersama rakan karibnya, Paul Pogba, Morrison membawa pasukan remaja United memenangi Piala FA Remaja 2011 dan pasukan mereka digelar the next Class of 92. Disebabkan kehebatan aksinya di atas padang, Morrison mula berasa besar kepala sehinggakan ada satu ketika dia hanya datang dua kali seminggu ke padang latihan.

Kariernya bersama United tidak lama dan pada musim berikutnya dia menyertai West Ham United, namun tabiat lamanya masih tidak berubah. Sebagai pendedahan untuk mengubah karakter Morrsion, pengurus West Ham menghantarnya secara pinjaman kepada Queens Park Ranger dan Cardiff City.


Bro, ada batu lebih tak?

Masalah utama Morrison ialah bermain mengikut mood. Pada hari baiknya, Morrison boleh menjaringkan gol cantik dan melakukan assist dengan banyak. Tetapi pada hari anginnya tak baik, rakan sepasukan pun boleh ditera jangnya.

Kini Morrison pernah berlatih di Wigan Athletic, di bawah kendalian Warren Joyce – jurulatihnya ketika di Manchester United dahulu, tanpa kontrak professional. Dia sekadar berlatih untuk meningkatkan kecergasannya sahaja.

Ada baiknya jika Morrison berhenti bermain bola dan fokus kepada perniagaan tudung online.

Joey Barton

Nama yang tidak asing bagi peminat bolasepak EPL. Pada perlawnan terakhir EPL musim 2011-2012, Barton mendapat kad merah ketika menentng Manchester City akibat menye rang tiga pemain lawn.

Akibatnya, dia digantung 12 perlawnan dan terpaksa menjalani penggantungan tersebut meskipun bermain di Ligue 1 pada musim berikutnya. Barton juga pernah digantung empat bulan dari bermain setelah menye rang rakan-sepasukan, Ousmane Dabo ketika bermain dengan Manchester City.

Dalam satu perlawnan menentng Blackburn Rovers, Barton telah menum buk pemain tengah lawn, Morten Gamst Pedersen dan sekali lagi menyebabkannya digantung perlawnan.


Tengok muda ala-ala Pencetus Ummah. Baik je.

Ketika usia muda, Barton pernah dikatakan bakal menjadi pemain tengah utama England dan akan menjadi pengganti Paul Gascoigne. Namun akibat masalah disiplin di dalam dan luar padang, harapan hanya tinggal harapan, dan disandarkan pada kenangan.

Barton pernah diambil pasukan Glasgow Rangers tetapi kontraknya ditamatkan kerana berga duh dengan rakan sepasukan. Oleh kerana sikap ba rannya, boleh dikatakan tiada pasukan yang mahu mengambilnya bermain dan ada eloknya dia fokus kepada karier twitter nya.

Nampak rancak muat naik status. Nasib baik bukan kaki swafoto.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :  thesukan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*