Skuad kebangsaan Myanmar dis1asat FIFA Dan AFC

Persekutuan BolaSepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi BolaSepak Asia (AFC) menjalankan sia satan terhadap skuad kebangsaan Myanmar berikutan dugaan mengatur perlawnan pada saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Myanmar tewas kepada pasukan Kyrgyztan dengan keputusan 7-0 pada perlawnan yang berlangsung di Stadium Dolen Omurzakov, Bishek Oktober lalu. Pengerusi Persekutuan BolaSepak Myanmar (MFF), Zaw Zaw mengesahkan dimana FIFA dan AFC membuat lawatan ke negara tersebut bagi menyiasat tudu han pengaturan perlawnan yang mungkin terjadi.

Sumber Gambar: AFC

 

“Satu perkara yang biasa apabila FIFA menjalankan s1asatan terhadap perlawnan yang menghasilkan jumlah jaringan besar. Mereka selalu menjalankan siasatan seperti ini. Pihak kami akan membantu mereka dalam proses ini,” kata Zaw Zaw.

“Menurut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan, FIFA dan AFC berhak untuk menyi asat jika mereka mempunyai keraguan mengenai pengaturan perlawnan. Jika mereka mengesan ada pengaturan perlawnan, maka mereka akan membuat pengumuman. Jika tiada, maka tidak ada sebarang pengumuman dibuat.

Antoine Hey. Sumber Gambar: Foxsport

 

Kekalahan 7-0 kepada Kyrgyzstan menyaksikan pengendali pasukan, Miodrag Radulovic dipecat dan digantikan oleh bekas ketua jurulatih, Antoine Hey bagi menghadapi baki saingan peringkat kelayakan.

Menurut laporan, FIFA dan AFC telah bertemu dengan lapan pemain yang terlibat dalam perlawnan terbabit dan mereka telah menanyakan beberapa soalan kepada para pemain dengan menunjukkan video perlawnan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*