Aksi persahabatan Malaysia vs Bahrain dibatalkan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa perlawnan persahabatan melibatkan skuad negara menentng pasukan Bahrain yang dijadualkan berlangsung pada 21 Mac ini terpaksa dibatalkan.

Perlawnan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Khalifa Sports City, Isa Town, Bahrain itu terpaksa dibatalkan ekoran kerajaan Bahrain pada Jumaat lalu (21 Februari) telah mengetatkan perjalanan keluarn dan masuk ke negara berkenaan yang membabitkan individu-individu dari negara yang berdekatan atau berhampiran dengan wa bak COVID-19 termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Iran.

Pembatalan ini diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman media sosial rasmi FAM.

“Menerusi surat yang diterima FAM daripada Persatuan Bolasepak Bahrain (BFA), hari ini, setiausaha agungnya, Ebrahim Saad Al Buainain memaklumkan bahawa pihaknya memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan penganjuran perlawnan berkenaan berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar dan Kementerian Kesihatan negara berkenaan.

 

“FAM menerima secara terbuka pembatalan aksi bertemu Bahrain ini dan akan melakukan pelan alternatif bagi penyediaan pasukan menghadapi perlawnan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE di Dubai pada 26 Mac 2020 dan menentng Vietnam di Bukit Jalil pada 31 Mac 2020.

“Perkembangan terkini mengenai persiapan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.”

Skuad Tan Cheng Hoe akan berdepan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 27 Mac, enam hari selepas perlawnan berdepan Bahrain yang dirancang sebelum ini.

 

 

Kredit foto: FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*