Anak dan cucu peneroka bakal perkuat Felda United

Pasukan Felda United menggunakan pendekatan baharu apabila bakal diperkuatkan oleh anak dan cucu peneroka Felda bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Felda mengadakan pelancaran jersi baharu serta barisan pemain yang akan menggalas cabaran pasukan musim ini dan ketua jurulatih, Nidzam Jamil menyatakan skuad bimbingannya dibarisi oleh seramai 60% pemain yang terdiri daripada anak dan cucu peneroka Felda serta 20 pemain yang berusia di bawah 25 tahun.

Pendekatan yang diambil oleh Felda ini wajar diberikan pujian dimana mereka telah mengambil ikhtibar daripada kejadian musim sebelumnya yang menyaksikan juara Liga Perdana 2018 itu menghadapi masalah tunggakan gaji.

Felda ketika itu dibarisi oleh pemain ternama yang mana sebahagian pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan dan menerima gaji yang tinggi. Perkara ini nyata memberi kesukaran kepada pihak pengurusan sehingga mereka menghadapi isv tunggakan gaji.

Pada masa yang sama, selain boleh berjimat, anak dan cucu peneroka Felda boleh menunjukkan kualiti yang dimiliki oleh mereka dengan beraksi di tahap tertinggi seperti Liga Super dan Piala FA.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*