
BG Pathum United meraih kemenangan kedua dalam saingan Thai League 1 musim ini apabila menewaskan Police Tero dengan keputusan 3-0 sekaligus naik ke tangga ke-4 dalam carta liga.
Pada perlawnan yang berlangsung di Stadium LEO, kedua-dua pasukan masih belum tewas dan berazam untuk mengekalkan rentak semasa. Namun, BG dilihat lebih menguasai perlawnan.
BG Pathum menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama masing-masing menerusi dua pemain import iaitu Irfan Fandi dan Daniel Rodriguez serta bekas penyerang skuad kebangsaan Thailand, Siroch Chatong.
BGPU GOALLLLLL !!!!สิโรจน์ ฉัตรทอง นาทีที่ 42BGPU 3-0 POLFC #BGPU
Posted by BG Pathum United on Wednesday, February 26, 2020
Police cuba untuk bangkit namun benteng BG tenang mengawal keadaan sekaligus memberikan kemenangan kedua bagi skuad kendalian Dusit Chalermsan itu.
Dua pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha dan Dominic Tan disenaraikan dalam skuad 18 pemain namun tidak diturunkan pada perlawnan semalam dimana mereka hanya memanaskan bangku simpanan.
Pada perlawnan yang sepatutnya, BG Pathum akan berdepan Trat FC manakala Police turun menentng Samut Prakan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : vocketfc
Leave a Reply