Diogo Lebih Bagus – Benjamin Mora

Bercakap di sidang media pra-perlawnan CIMB Piala Sumbangsih 2020, pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menyatakan yang  adalah penye rang terbaik Liga Malaysia berbanding duo Kedah, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

Benjamin Mora berkata demikian selepas ditanyakan pandangannya mengenai dua penye rang terbaik Liga Malaysia yang kini digabungkan di Kedah untuk musim 2020.

Kpah Sherman menyertai Kedah daripada PKNS FC dengan status pele dak terbanyak Liga Super 2019 dengan 14 gol, sementara Kipre Tchetche pula daripada Terengganu FC dengan reputasi penjaring terbanyak Piala Malaysia 2018 dengan sembilan gol.

Dalam pra-musim, kedua-duanya telah mele dak sejumlah gol dengan Kpah Sherman menghasilkan sembilan gol, sementara Kipre Tchetche berjaya menjaringkan tiga gol selain hatrik dalam pusingan kedua, kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Kedua-dua pemain itu [Kpah Sherman dan Kipre Tchetche], saya tidak tahu sama ada mereka penye rang terbaik seperti yang dikatakan. Kami ada Diogo dan pada saya, dia adalah yang terbaik. Tetapi, mereka berdua antara penye rang yang bagus dalam liga.

“[Kpah] Sherman menonjolkan kekuatan fizikal dan kemampuannya mele dak banyak gol ketika di PKNS FC. Kami juga tahu kekuatan [Kipre] Tchetche ketika dia bersama Terengganu. Dia banyak menyusahkan pertahanan kita,” jelas Benjamin Mora.


FOTO: JST

Begitupun, Benjamin Mora menyatakan yang mereka telah mengkaji permainan Helang Merah dan akan cuba mencari cara untuk mengekang kedua-dua pele dak itu.

Bercakap mengenai pilihan pemain di jentera tengah, Benjamin Mora menjelaskan pemain yang diturunkan untuk aksi berdepan Kedah adalah pilihan terbaik setakat ini.

Selepas kehadiran Liridon Krasniqi, pengendali berusia 40 tahun itu mengakui di tangannya kini terdapat banyak pilihan pemain di tengah dan semua pemain tersebut memiliki gaya permainan dan karekter yang berbeza antara satu sama lain.

“Pemain tengah yang akan diturunkan esok adalah yang terbaik di dalam pasukan setakat ini,” tegas pengendali kelahiran Mexico itu tetapi tidak menafikan pemain di bangku simpanan juga bagus dan mampu menggantikan pemain-pemain utama.

JDT akan berdepan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim malam esok dan ini merupakan pertembungan ketiga kedua-dua pasukan dalam Piala Sumbangsih sejak 2017. Dua pertembungan sebelum ini dimenangi Kedah pada 2017 dan JDT pada 2018.

FOTO: JST

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*