Kelab UAE ganti Bahrain untuk aksi pemanas badan buat Harimau Malaya

Setelah Bahrain membatalkan perlawnan persahabatan bersama Malaysia pada 21hb mac kelak, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berusaha gigih untuk mencari pasukan bagi menggantikan pasukan tersebut.

Ia bagi memenuhi hasrat ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk menguji pemain-pemainnya sebelum bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sebelum ini, dilaporkan pihak FAM cuba mengatur perlawnan persahabatan dengan pasukan yang berada di kedudukan ke-189 dunia, Bhutan untuk menggantikan Bahrain.

Bagaimanapun, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin mengumumkan skuad Harimau Malaya bakal mengadakan aksi pemanas badan bertemu sebuah kelab berpangkalan di UAE dalam satu majlis pertemuan bersama pengamal media, semalam.

“Berkemungkinan besar kita akan bertolak awal ke UAE dan mengadakan perlawnan persahabatan dengan sebuah kelab berstatus tinggi di sana.” katanya yang turut mengesahkan Harimau Malaya tidak akan bertemu Bhutan kelak.

“Agak sukar untuk mendapat pasukan lain kerana mereka mempunyai perancangan masing-masing, di tambah pula dengan wabak Covid-19. 

“Sekiranya ada pasukan bersetuju, kita akan bermain dengan pasukan itu tetapi sehingga pagi ini (semalam), belum ada lagi,” tambah Hamidin lagi seperti dipetik daripada Arena Metro.

Pertemuan menentng pasukan berstatus kelab pastinya tidak akan memberikan sebarang impak kepada ranking negara namun ia pastinya dapat mencapai objektif buat Tan Cheng Hoe untuk mendapatkan momentum awal sebelum bertemua UAE.

Skuad negara dijadualkan bertemu UAE pada 26hb mac di Stadium Al-Maktoum bagi saingan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Foto: FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*