Persiapan Tok Gajah musim ini agak rumit – Dollah Salleh

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh nampaknya mengakui bahawa persiapan pasukannya menjelang Liga Super 2020 tidak begitu baik terutamanya selepas kehilangan beberapa pemain disebabkan kece deraan.

Pahang kehilangan beberapa tonggak utama yang berhijrah ke pasukan lain dengan paling baru adalah ketua pasukan, Matthew Davies yang menyertai Johor Darul Ta’azim (JDT). Mereka juga kehilangan pemain tengah, Safuwan Baharudin (Selangor) dan Wan Zaharulnizam (Kelantan).

Selain itu, Pahang juga sedikit lambat membawa masuk pemain dan memilih pemain import sekaligus melambatkan persiapan mereka untuk Liga Super 2020.

“Jika diikutkan persiapan Pahang musim ini agak rumit. Bukan sahaja berdepan masalah kece deraan tapi faktor pemain import yang baru bersama Pahang.

“Saya menerima kehadiran pemain import baru agak lewat ketika saingan hampir bermula dan kini masih tercari-cari kesebelasan terbaik untuk perlawnan pertama bertemu Selangor.

“Dalam perlawnan persahabatan pun kita hanya sempat mengadakan enam perlawnan sahaja dengan menyenaraikan pemain sedia ada,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Pahang akan memulakan tirai Liga Super 2020 dengan berdepan Selangor di Stadium Darul Makmur. Perlawnan ini dijangka menarik, di mana Pahang yang menduduki tangga kedua pada musim lalu akan berdepan anak buah B. Sathianathan yang berada di kedudukan ketiga.

Pertemuan ini juga akan menyaksikan kepulangan Safuwan Baharudin ke Kuantan tetapi bersama pasukan lain selain pertembungan dua ketua jurulatih berpengalaman di Liga Malaysia.

 

Kredit foto: Pahang FA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*