Bas bawa skuad Barcelona tinggalkan Messi lebih lama di Anfield selepas kalah kepada Liverpool

BAS yang membawa pasukan Barcelona tidak menunggu pemain Lionel Messi ketika ia meninggalkan Anfield selepas pasukan itu kalah kepada Liverpool dalam Liga Juara-Juara.

Messi terpaksa berdepan malam yang sengsar4 untuk kelabnya apabila Liverpool membuat ‘comeback’ dramatik mencipta kemenangan sekali gus melenyapkan impian Barca untuk beraksi di final Liga Juara-Juara.

Barcelona dilihat mempunyai kelebihan dan peluang besar selepas menang 3-0 dalam perlawanan pertama di Camp Nou minggu lepas.

Tetapi pasukan Jurgen Klopp tidak cepat mengalah dan berjaya menempah tempat mereka untuk beraksi di Madrid pada 1 Jun.

Sementara itu, Messi dikehendaki segera menjalani ujian d0ping setelah kalah kepada Barca di Anfield.

Menurut El Chiringuito, prosesnya berlangsung begitu lama sehingga bas yang membawa pasukan Barca terpaksa pergi ke lapangan terbang dahulu ketika Messi masih di Anfield.

Messi akhirnya dapat menyediakan sampel air kenc1ng, dan satu penyusunan telah dibuat untuk menyatukan kembali pemain Argentina itu bersama rakan-rakan lain dan jurulatih sebelum mereka kembali ke Sepanyol.

Messi perlu menjalani ujian d0ping sebelum dibawa bertemu rakan-rakannya yang lain di lapangan terbang. -fotoGetty

Messi juga dilihat berjalan di zon campuran di Anfield lebih lama berbanding pemain Barca yang lain tetapi tidak berkata apa-apa kepada media ketika dia diiring keluar dari stadium.

Sementara itu, Sergio Busquets memohon maaf selepas penyingkiran memalvkan Barcelona.

“Mereka lebih baik daripada kami. Saya mohon maaf,” kata pemain tengah tersebut.

“Selepas apa yang berlaku di Rom, ia berlaku sekali lagi. Sukar untuk tersingkir seperti ini selepas keputusan pertama.

“Liverpool lebih bijak daripada kami, mereka lebih pantas. Saya fikir kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol yang kami perlukan, tapi itu tidak berlaku hari ini.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*