Hasrat TFC di SSMZA tidak kesampaian

Hasrat tuan rumah, Terengganu FC untuk mengutip tiga mata penuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) tidak berhasil apabila dikecewakan oleh Guilherme de Paula.

Terengganu FC kendalian Nafuzi Zain pada awalnya selesa menguasai permainan serta terlebih dahulu mendapatkan jaringan pendahuluan menerusi Sanjar Shakkhmedov pada minit ke-19.

Bagaimanapun, penguasaan mereka mula kendur pada penghujung separuh masa pertama dan kesilapan oleh bek kiri tuan rumah, Arif Fadzilah yang melakukan ‘late tackle’ ke atas De Paula menyebabkan pengadil menghadiahkan sepa kan penalti kepada Perak.

De Paula yang mengambil sepa kan itu mudah menewaskan penjaga gol Terengganu FC, Muhammad Rahadiazli untuk menyamakan kedudukan 1-1 sebelum tamat babak pertama. 

Kembali ke separuh masa kedua, Perak mula mempamerkan permainan yang lebih serius dan semakin mendapat beberapa peluang untuk masuk ke dalam kotak penalti Terengganu FC. 

Tidak lama selepas itu, Shahrul Saad membawa Perak mendahului 2-1 ke atas tuan rumah apabjla tandukannya berjaya menemui belakang jaringa Terengganu FC buat kali ke-2.

Tuan rumah mula tertekan dan dilihat sukar untuk menembusi barisan benteng pasukan pelawat sepanjang separuh masa kedua. 

Pada minit ke-80, satu bola ‘lob’ daripada Firdaus Saiyadi berjaya mendapatkan De Paula dan penye rang Brazil itu berjaya mara ke kotak penalti sebelum melepaskan rembatan untuk mengalahkan Rahadiazli sekali lagi. 

Tiada sebarang pertambahan jaringan selepas daripada itu dan Terengganu FC terpaksa akur tewas di laman sendiri manakala Perak pulang ke Ipoh dengan suka hati bersama tiga mata penuh. 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*