Latihan pusat skuad kebangsaan tetap diteruskan

Latihan pusat pasukan kebangsaan tetap dijalankan meskipun perlawnan menentng Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada Mac ini dibatalkan kerana penvlaran wa bak Cor0navirus (C0vid-19).

Perkara ini disahkan oleh pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dimana beliau menjelaskan latihan pusat tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus menjadi persediaan untuk menghadapi Vietnam pada 31 Mac nanti.

“Perlawnan yang tak berkaitan dengan Covid-19 punya halangan akan diteruskan, cuma negara-negara yang ada membuat sekatan perjalanan saja kemungkinan akan ditangguhkan.

“Kalau tak ada sekatan perjalanan negara contohnya macam Vietnam dan Malaysia, rasanya perlawnan akan diteruskan seperti biasa,” kata Datuk Yusoff menurut laporan Harian Metro.

Aksi Syafiq Ahmad dan Corbin Ong dalam perlawnan bertemu UAE.

 

Tambah Datuk Yusoff, Konfedersi Bola Sepak Asia (AFC) akan bermesyuarat pada Isnin ini bagi memutuskan status aksi Malaysia menentng UAE serta beberapa aksi membabitkan pasukan dari rantau Asia Barat dalam saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Penvlaran wa bak C0vid-19 telah menjejaskan saingan liga di negara Asia lain seperti Jepun dan Korea Selatan dimana saingan liga domestik terpaksa ditunda ke satu tarikh yang bakal diberitahu kelak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*