Sathia terkejut ada ‘sesuatu’ atas padang

KUANTAN: Pengendali Selangor, B Sathianathan terke jut dengan keadaan padang rumput di Stadium Darul Makmur yang menjejaskan corak permainan skuadnya walaupun berjaya menewaskan Pahang 2-1.

Sathianathan berkata, sebelum ini kualiti padang rumput di stadium itu antara yang paling cantik apabila bermain dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Tapi saya terkejut apabila melihat padang rumput di sini ada beberapa lubang yang memberi masalah terutama untuk hantaran bola,” kata Sathianathan.

“Namun, saya bersyukur kerana kami meraih tiga mata di tempat lawn biarpun kurang berpuas hati daripada segi prestasi pasukan.”

Mengulas kemenangan malam tadi, Sathianathan berterima kasih kepada pemainnya kerana tidak panik sebaik tuan rumah mendapat gol pendahuluan.

Menurutnya, Red Giants bernasib baik kerana berjaya mengawal permainan dan memanfaatkan peluang untuk memastikan kemenangan.

“Saya juga sudah jangkakan perlawnan pertama memang sukar jika kita tidak bermain dengan baik dan pada masa sama, siapa kata Pahang tidak kuat musim ini.

“Apabila saya lihat senarai pemain yang diturunkan, semua pemain yang Dollah Salleh senaraikan boleh bermain dengan baik.

“Faktor kepenatan yang dialami beberapa pemain Pahang di hujung perlawnan terutama di bahagian pertahanan memberi ruang kepada kami untuk menjaringkan gol kedua dan kemenangan.

“Saya harap pada perlawnan kedua nanti semua pemain dapat mempamerkan prestasi lebih baik,” katanya.

Pada perlawnan malam tadi, dua gol Red Giants, masing-masing satu dijaringkan oleh Ifedayo Olusegun minit ke-27 dan Brendan Gan minit ke-89.

Gol tunggal Pahang pula dijaringkan penye rang import, Ivan Carlos pada minit ke-20.

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*