100 tiket edisi terhad Tetamu Diraja ditawarkan JDT buat peminat bertuah

Presiden Kelab BolaSepak Johor Darul Ta’zim (JDT), YAM Tunku Tun Aminah hari ini mengumumkan kelab tersebut telah membuat keputusan untuk mengurangkan senarai Tetamu Diraja dan menawarkan 100 tiket edisi terhad untuk para penyokong bertuah bagi menyaksikan perlawnan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim malam esok.

Langkah tersebut diambil setelah beberapa penyokong Harimau Selatan meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem jualan tiket di kaunter stadium pada siang tadi.

“Kami ingin memohon maaf sekali lagi kepada semua penyokong di atas ketidakselesaan yang dihadapi untuk mendapatkan tiket perlawnan. JDT akan menambahbaik lagi sistem tiket di masa akan datang bagi memenuhi permintaan ramai,” kata kenyataan daripada Tunku Tun Aminah.

Oleh sebab tiket untuk perlawanan menentang Kedah telah habis dijual, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, February 27, 2020

Bagi penyokong yang tidak dapat hadir ke stadium, mereka boleh menyaksikan siaran langsung yang akan ditayangkan di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan kesemua daerah di negeri Johor.

Syarat untuk menjadi antara 100 penyokong bertuah tersebut ialah perlu membuat ‘posting’ dengan ‘caption’ beserta foto yang menggambarkan perasaan cinta mereka kepada Johor Darul Ta’zim.

Kemudian, mereka dikehendaki ‘tag’ @OfficialJohor dan sertakan ‘hashtag’ #100luckyRoyalGuests di Twitter atau Instagram sebelum 10.00 pagi, 28 Februari 2020.

JDT akan memilih 50 pemenang yang akan memenangi 2 keping tiket edisi terhad Tetamu Diraja. Kesemua 100 penyokong bertuah ini akan ditempatkan di tempat duduk berkerusi kulit yang terletak dibawah ‘Royal Box’ dan akan disajikan hidangan dari DoubleTree by Hilton.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*