Kedah jauh lebih baik berbanding tahun lalu – Mora

Pengendali Johor Darul Takzim (JDT), Benjamin Mora menganggap kemenangan 1-0 ke atas Kedah yang memastikan tiga mata seterusnya membolehkan pasukan itu mempertahankan trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah sebagai kemenangan yang sukar.

Menurutnya ini kerana Kedah telah memberi tentngan sengit malah persembahan yang ditampilkan oleh juara Piala FA 2019 itu cukup berbeza jika dibandingkan dengan perlawnan akhir Piala Malaysia musim lalu yang mana JDT mencatat kemenangan mudah 3-0 ketika itu.

Barisan depan JDT diterajui gandingan Gonzalo Cabrera-Diogo Luis Santo-Safawi Rasid sedikit bergelvt untuk mencari gol sebelum akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-45 menerusi tandukan Mauricio Nascimento.

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir memberi sokongan sehingga kami berjaya membawa pulang trofi ini. Tetapi, ingin saya katakan bahawa kemenangan ini bukan senang untuk diraih dan ia merupakan perlawnan yang sangat sukar untuk kami kerana corak permainan ditampilkan Kedah sudah banyak berubah dan lebih baik.

“Bukan senang untuk pemain saya membaca pergerakan mereka sebelum akhirnya berjaya mendapatkan satu jaringan dan selepas itu, pasukan bergelvt untuk menguasai keseluruhan permainan”, katanya.

Sebagai rekod, JDT menjadi pasukan pertama untuk mempertahankan trofi Piala Sultan Ahmad Shah buat musim ketiga berturut-turut dan lebih manis ia diraih di laman baharu mereka iaitu Stadium Sultan Ibrahim yang pastinya akan menjadi permulaan positif dalam misi mempertahankan CIMB Liga Super pula selepas ini.

Foto : Johor Southern Tigers

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*