Lima sebab Liverpool Kalah

Liverpool semalam telah kalah dengan cara yang memalvkan di tangan pasukan berada di zon penyingkiran iaitu Watford.

Entah apa yang berlaku kepada anak anak buah Jurgen Klopp yang seperti kanak kanak tidak cukup khasiat, dikerjakan oleh Watford yang bermain seperti lelaki sebenar.

Watford menang dengan bergaya dengan menoron Liverpool 3-0 di hadapan penyokong mereka sendiri. Pastinya kemenangan ini akan menaikkan nafsv mereka untuk terus kekal di Liga Perdana Inggeris.

Dua gol oleh Ismaila Sarr dan satu lagi menerusi Troy Deeney membuatkan Liverpool terkedu lalu memfokuskan hal hal berat berkaitan pemilihan Perdana Menteri kelapan.

Sarr menewaskan Alisson dari jarak dekat untuk gol pertama. Diikuti gol daripada situasi one on one.

Sarr tidak menoleh ke belakang dan memberikan assist kepada Troy Deeney.

Ismaila Sarr boleh sahaja melakukan hatrik dalam aksi ini. Namun masih ada nilai kemanusiaan yang kuat dalam dirinya, tidak mahu menyeksa Liverpool lebih tervk.

Lalu beliau pura pura ‘miss’ peluang terbaik.

Liverpool berusaha untuk memanjangkan lagi rekod kemenangan mereka di Vicarage Road. Liverpool kekal tak kalah dalam 44 perlawnan dan sudah 18 perlawnan berturut – turut mereka menang.

Namun segalanya muvsnah! Harapan setinggi gunung, berderai menjadi debu, mengapakah kisah sedih, yang selalu ku alami…..

Watford ternyata pasukan yang hebat. Dan hanya pasukan handalan sahaja yang mampu menang 3-0 ke atas pasukan Watford, bukannya kalah 3-0 di tangan mereka.

Liverpool gagal menyamai pencapaian Arsenal di bawah Arsene Wenger pada 2003/04 dengan menjadi pasukan tak terkalah dalam semusim sebagai juara.

Maka tidak hairanlah Arsenal meraikan kejayaan ini seperti tahun tahun sebelum ini. Kerana inilah sahaja warisan yang agung milik Arsenal ketika ini, selepas hilang segala galanya termasuk lesap daripada Liga Europa.

Namun tidak manis rasanya untuk tidak membincangkan analisis aras tinggi tentang kekalahan pasukan Liverpool.

Berikut 5 sebab Liverpool kalah 3-0.

1. Liverpool lemau

Sepanjang malam, Liverpool hanyalah seperti orang gas trik.

2. Liverpool tak score

Macamana nak menang kalau tak score.

3. Watford score 3 biji

Watford menjaringkan 3 gol dan Liverpool 0, jadi terciptalah kedudukan 3-0.

4. Kerana Manchester United

Nampak macam tiada kaitan kan. Tetapi kerana Manchester United memalvkan mereka 3-0, lalu mereka bangkit dan memalvkan orang lain 3-0 iaitu Liverpool.

5. Dah memang dia kalah

Nak cakap banyak pun dia tetap kalah.

Rumusan

Liverpool kalah 3-0.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : sukan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*