Saya tidak memikirkan tentang Liridon Krasniqi – Baddrol Bakhtiar

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar menegaskan anca man daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan hanya Liridon Krasniqi malah semua pemain pasukan itu menjelang perlawnan Piala Sumbangsih 2020 di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini.

Baddrol berkata demikian ketika diajukan soalan pada sesi sidang media mengenai pertembungan beliau dengan Liridon memandangkan kedua-dua pemain itu pernah menjadi rakan sepasukan selama tiga setengah musim. Baddrol menegaskan JDT lebih dari sekadar Liridon di atas padang.

Sumber Gambar: MFL

 

“Saya tidak memikirkan tentang Liridon sahaja sebaliknya semua pemain JDT bagi perlawnan esok. Kami menjalani sesi pra musim yang baik namun masih ada ruang untuk penambahbaikan. Kami akan bermain di stadium yang mempunyai padang terbaik dan semua sudah sedia untuk beraksi,” kata Baddrol.

“Penting untuk kami menampilkan persembahan terbaik dan jika bernasib baik, kami dapat membawa pulang satu trofi sebelum saingan Liga Malaysia musim ini membuka tirai.

Liridon dan Baddrol ketika beraksi di Kedah. Sumber Gambar: Arenabolasepak.my

 

Sebagai rekod, Kedah telah tampil dalam 7 perlawnan Piala Sumbangsih setakat ini dan 3 kali muncul sebagai juara. Dari 3 kejuaraan itu 2 kali adalah ditempat sendiri dan sekali ditempat lawn.

Bagi JDT pula, ini adalah penampilan ke 6 berturut-turut dalam Piala Sumbangsih sejak edisi 2015 dan mereka merekodkan 4 kali sebagai juara dan hanya sekali muncul sebagai naib juara, pada edisi 2017.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*