De Bruyne cetus kejutan ke atas Real

MADRID: Kevin De Bruyne mencetus kebangkitan Manchester City ketika mengejutkan Real Madrid 2-1 di Santiago Bernabeu dalam perlawnan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Madrid seakan berada di landasan selesa untuk mengutip kelebihan menjelang aksi timbal balik selepas Isco meletakkan mereka di depan di awal babak kedua, tetapi De Bruyne membuat umpanan untuk gol penyamaan Gabriel Jesus pada minit ke-78 sebelum menyempurnakan penalti minit ke-83.

Di akhir permainan, Madrid kehilangan kapten Sergio Ramos selepas pertahanan itu cuba menghalang Jesus daripada melepasi benteng dan dia tidak akan beraksi di Stadium Etihad pada 17 Mac.

Sergio Ramos (tengah) dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawnan, Daniele Orsato. – Foto AFP

“Kami cuba untuk datang ke sini dan memenangi perlawnan, dan ia menjadi realiti. Ini hanya babak pertama. Jika ada pasukan yang dapat mengubah situasi ini, ia adalah kelab ini,” kata pengendali City Pep Guardiola.

“Ketika kami lebih baik, kami dibol0si. Apabila mereka lebih baik, kami menjaringkan gol. Itulah bolasepak.”


Pemain Manchester City, Gabriel Jesus (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Real Madrid, Casemiro dalam aksi di Santiago Bernabeu. – Foto AFP

Pemain Real Madrid, Gareth Bale (kanan) merembat bola sambil cuba dihalang pemain Manchester City. – Foto Reuters

Guardiola sekali lagi membuat kejutan dalam Liga Juara-Juara apabila membariskan kesebelasan utama di luar jangkaan, dengan De Bruyne mengetuai sera ngan dan Raheem Sterling, Sergio Aguero serta Fernandinho di bangku simpanan.

Namun percaturannya membuahkan hasil, walaupun Nicolas Otamendi melakukan kesilapan yang menjurus kepada gol pembukaan Isco, manakala kece deraan Aymeric Laporte memaksa Fernandinho dimasukkan di pertengahan babak pertama.

Guardiola pada Selasa menegaskan, penggantvngan oleh UEFA, dengan City masih dalam proses rayuan, tidak menjadi pendorong kepada anak buahnya tetapi ia mempengaruhi penyokong City yang bertandang ke Madrid.

City kini mempunyai peluang untuk menyingkirkan Real Madrid, kelab paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*