Masa depan Milner bersama Liverpool samar

LONDON – James Milner memberitahu masa depannya bersama Liverpool samar-samar berikutan dia masih belum menerima tawaran baharu daripada majikannya itu.

Penolong kapten itu sudah pun memasuki 12 bulan terakhir kontrak yang ditandatangani pada 2015 dari Manchester City.

Dia mempunyai pengaruh yang besar dalam pasukan bagaimanapun Liverpool masih belum membuat sebarang tawaran. Milner dikaitkan akan kembali bersama Leeds, kelab pertamanya.

Pemilik Liverpool, Fenyway Sports Group tidak berminat untuk menawarkan kontrak jangka masa panjang kepada pemain berusia atas 30 tahun.

“Tahun lalu kami ada berbincang dengan kelab dan bertanya jika mereka mahu melakukan sesuatu dan mereka berkata tidak.vKami tidak dengar apa-apa sejak itu,” kata pemain berusia 33 tahun itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :  AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*