LONDON – Kevin De Bruyne mungkin sudah berada di tahap tertinggi apabila sentiasa membuat gerakan gol untuk Manchester City dalam permulaan Liga Perdana Inggeris, namun pemain tengah tersebut merendah diri dengan mengatakan ia masih terdapat ruang perlu diperbaiki
Pemain kebangsaan Belgium itu kini mengungguli carta apabila melengkapkan bantuan gol keempat untuk kempen tersebut ketika membuat gerakan jaringan pembukaan menerusi Sergio Aguero dalam kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth semalam.
De Bruyne bagaimanapun mendedahkan, dia tetap tidak gembira dengan prestasinya kini terutama di Stadium Vitality dan tidak menjangkakan masa yang sesuai untuk dia kembali berada di tahap tertinggi.
“Bantuan gol itu bukan menterjemahkan prestasi sebenar. Ramai orang memperkatakannya namun saya rasa saya belum dapat bermain dengan cukup bagus.
“Saya cuba untuk mencari rentak dan saya harap September nanti akan dipermudahkan segalanya.
“Saya fikir dua perlaw4nan terawal saya bermain dengan baik, semalam adalah hari yang sukar, namun saya rasa itu normal apabila anda beraksi menent4ng pasukan yang bermain 5-4-1.
“Ia membuatkannya lebih mencabar, anda perlu banyak bersabar tetapi di penghujungnya anda perlu memenangi perlaw4nan walau apapun terjadi dan itu yang kami lakukan,” katanya.- AGENSI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : UtusanOnline
Leave a Reply