Tewas dua kali kepada Vietnam, itu kisah hujung tahun lalu – Syafiq Ahmad

Penyer4ng Harimau Malaya yang dalam prestasi terbaik, Syafiq Ahmad sedar akan rekod kekalahan skuad kebangsaan kepada Vietnam pada hujung tahun lalu namun baginya itu telah menjadi sejarah.

Beliau yang telah menjaringkan 5 gol dalam 3 perlawnan yakin pasukan Malaysia pada ketika ini mampu mencatatkan satu keputusan yang positif dalam perlawnan hari esok jika dilihat pada prestasi semasa.

Malah kehadiran beberapa tonggak baharu seperti Brendan Gan, Matt Davies dan Corbin Ong pada kali ini menambahkan lagi kenyakinannya untuk memastikan sasaran 3 mata dapat diraih di Stadium Nasional My Dinh, malam esok. 

“Saya tahu pasukan kami tewas dua kali di sini pada tahun lepas tetapi pasukan Malaysia ketika ini telah menunjukkan peningkatan dan kami bekerja keras untuk menghadapi perlawnan ini. Kami berharap dapat meraih keputusan yang bagus.”

“Saya gembira berada dalam momentum terbaik ketika ini dan mahu terus bekerja keras untuk mengekalkan momentum ini.” kata Syafiq Ahmad ketika sidang media pra perlawnan, tengah hari tadi.

Selain daripada Syafiq Ahmad, satu berita baik untuk skuad kebangsaan adalah khidmat pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh dijangka dapat diturunkan untuk mengisi posisi jentera serngan.

Namanya tidak kelihatan ketika menent4ng Sri Lanka dalam aksi persahabatan antarabangsa, sabtu lalu. Bagaimanapun, senarai akhir 23 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sumareh kembali disenaraikan oleh Tan Cheng Hoe.

Foto: Football Association of Malaysia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*