Barca tekad hapus bad1 tersingkir di suku akhir Liga juara-juara

Gergasi Sepanyol, Barcelona mahu menghapuskan bad1 tersingkir tiga kali berturut-turut di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara seperti mana yang berlaku dalam tempoh tiga musim sebelum ini.

Pengurusnya, Ernesto Velverde berkata, walaupun skuad The Catalans itu mempunyai misi untuk menjulang kejuaraan treble musim ini, namun beliau akan menjadikan saingan Liga Juara-Juara sebagai tumpuan utama memandangkan kegagalan yang berlaku pada edisi terdahulu.

“Benar… kami perlu menang semua perlawanan sehingga tamat musim ini. Namun, buat masa sekarang tumpuan kami adalah kepada Liga Juara-juara.

“Ini perlawanan yang cukup penting untuk kami memandangkan kali terakhir kami melepasi peringkat suku akhir ialah pada musim 2014/ 2015,” katanya.

Awal pagi esok, Barcelona dijadualkan menentang Manchester United pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Old Trafford.

Pada masa sama, Velverde turut memasang impian untuk membantu skuad kendaliannya menang buat pertama kalinya di gelanggang keramat United itu.

“Stadium itu (Old Trafford) sentiasa memberikan suasana yang luar biasa dan motivasi tambahan kepada Manchester United. Kami sedar perkara itu.

“Seingat saya, kami belum pernah menang di sana. Jadi kami perlu mengubah perkara itu walaupun ia bukan tugas mudah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Presiden Barcelona, Josep Bartomeu yakin kelabnya kini di landasan sebenar untuk kembali menakluk Eropah.

“Ini permulaan untuk kami. Saya sedar United bukan pasukan mudah, tetapi saya percaya pemain sudah bersedia untuk melakukan sesuatu bagi membawa kelab ini ke arah kegemilangan,” katanya.

 

Sumber: SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*