Messi perlu diperiksa – Valverde

MANCHESTER: Bos Barcelona, Ernesto Valverde berkata Lionel Messi akan menjalani pemeriksaan oleh doktor selepas memperoleh ‘leb4m yang ketara’ di hidungnya ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Manchester United.

Penyerang bintang Barca itu dik4sari sehingga hidungnya berd4rah oleh pertahanan United, Chris Smalling pada separuh masa permainan yang menyaksikan Barca mencatat kemenangan 1-0 di Old Trafford.

“Messi mengadu dia tidak selesa selepas kekas4ran itu,” kata Valverde. “Kami perlu melakukan pemeriksaan terhadapnya esok untuk melihat bagaimana keadaannya. Dia kuat, tetapi dia memperoleh leb4m yang jelas.”

Barca jelas beraksi jauh daripada prestasi terbaik tetapi masih mampu membawa kelebihan gol di tempat lawan apabila pertahanan United, Luke Shaw tertampan gol ke gawang sendiri berpunca tandukan Luis Suarez.

Gol pada minit ke-12 itu memberikan Barca kemenangan pertama dalam kancah Liga Juara-Juara di Old Trafford.

“Apabila kami melihat suasana di sini dan pasukan yang mereka miliki dan ada di Liga Juara-Juara, sukar untuk menang,” kata Valverde.

“Ia perlawanan yang sukar dan kadang kala rumit, tetapi kami memperoleh peluang yang terbaik,” kata Valverde sambil mempertahankan penyerangnya, Suarez yang masih buntu meledak gol di gelanggang lawan dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Nilai apa yang dia lakukan tidak bergantung sama ada dia menjaringkan gol atau tidak, tetapi apa yang disumbangkan olehnya.” 

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*